Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyediaan Slaid

Penyediaan slaid  merupakan suatu proses yang rumit yang memerlukan pengetahuan teknikal dan kemahiran yang tinggi serta kelengkapan dan bahan kimia yang mencukupi. Menyedari hakikat ini, Jabatan Anatomi menawarkan perkhidmatan penyediaan slaid ini bagi menampung keperluan institusi-institusi pendidikan berkaitan sama ada dari dalam dan luar negara. Caj yang dikenakan adalah lebih murah dan berpatutan serta kualiti yang lebih terjamin. Di antara pewarnaan yang kerap digunakan adalah:

  1. Pewarnaan Hematoksilin Dan Eosin
  2. Pewarnaan Gordon Sweets
  3. Pewarnaan VVG
  4. Pewarnaan Masson Trichrome
  5. Pewarnaan PAS

Di antara institusi pengajian yang pernah melanggan perkhidmatan kami adalah:

  1. International Medical University (Malaysia)
  2. School of Medicine, Maldives National University (MNU)

Bagi pewarnaan selain daripada yang tertera di atas, atau maklumat lebih lanjut sila hubungi:

Pn. Noor Azlina Zukefli

 03-9145 8642
 noorazlina@ukm.edu.my