Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Dengan Kepujian)

 

Penglibatan Jabatan Anatomi di dalam program ini adalah menerusi modul-modul berikut:

 

Tahun 1, Semester 1:

FFFJ1314 – Anatomi, Fisiologi & Biokimia I

(Wakil Jabatan - Dr Mohamad Fairuz Yahaya)

Kursus Anatomi, Fisiologi dan Biokimia I (FFFJ 1314) disampaikan secara intergrasi menurut sistem badan manusia. Sistem terdiri daripada:
a) sel dan tisu: organisasi, struktur dan fungsi normal;
b) sistem kardiovaskular: struktur anatomi, peranan fisiologi dan fungsi;
c) sistem pernafasan: struktur anatomi, peranan dan fungsi fisiologi;
d) sistem muskuloskeletal: Struktur anatomi dan fungsi fisiologi yang menumpukan pada peraturan dari pelbagai jenis otot.

 

Tahun 1, Semester 2:

FFFJ1324 – Anatomi, Fisiologi & Biokimia II

(Wakil Jabatan - Dr Mohamad Fairuz Yahaya)

Kursus Anatomi, Fisiologi dan Biokimia II memberi tumpuan kepada sistem berikut iaitu Gastrointestinal (GIT), Endokrin dan Urinari dengan melihat kepada struktur anatomi makroskopik, fungsi dan mekanisme fisiologi dan biokimia.
a) GIT : Fungsi fisiologi menumpukan pada peraturan keseluruhan sistem GIT.
b) Endokrin : Fungsi fisiologi menumpukan pada fungsi umum sistem endokrin dan peranan hormon dalam pelbagai peringkat perkembangan.
c) Urinari : struktur anatomi, peranan dan fungsi fisiologi serta biokimia.

 

Tahun 2, Semester 1:

FFFJ2114 – Anatomi, Fisiologi & Biokimia III

(Wakil Jabatan - Dr Mohamad Fairuz Yahaya)

Kursus ini memberi pelajar kajian makroskopik dan mikroskopik struktur dan fungsi sistem saraf, deria khas dan sistem pembiakan. Prinsip biokimia berkaitan sistem saraf dan pembiakan juga akan dipelajari. Kursus ini berfungsi sebagai asas untuk memahami penyakit yang berkaitan dengan gangguan kepada sistem pembiakan, sistem saraf dan deria khas.

Pautan: