Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

SEWAAN SPESIMEN

Spesimen-spesimen anatomi yang dihasilkan di jabatan seperti spesimen basah (wet specimen), spesimen plastinasi, tulang, spesimen jar dan juga model-model plastik juga ditawarkan untuk dipinjam bagi tujuan pengajaran di IPTA/IPTS yang berkenaan dan peperiksaan profesional bagi kursus prasiswazah dan pascasiswazah perubatan/kejururawatan/sains perubatan.

Walaubagaimanapun penggunaan pinjaman spesimen melibatkan fi dan adalah tertakluk kepada kelulusan jabatan dan fakulti, dan juga tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Sila berhubung dengan pegawai kami di bawah untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan ini.

Permohonan Sewa:
Hantar surat permohonan rasmi untuk penyewaan spesimen kepada Ketua Jabatan Anatomi.

Proses Kelulusan:
Permohonan akan disemak dan tertakluk kepada kelulusan oleh Ketua Jabatan Anatomi. Pastikan semua maklumat yang diperlukan, termasuk jenis spesimen dan tujuan penyewaan dinyatakan dalam surat permohonan rasmi.

Pembayaran Yuran Sewa:
Setelah permohonan diluluskan, yuran sewa hendaklah dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan. Arahan pembayaran akan diberikan selepas kelulusan.

Persetujuan Terhadap Terma dan Syarat:
Penyewa mestilah bersetuju dan mematuhi terma serta syarat yang ditetapkan oleh jabatan, termasuk pengendalian dan penggunaan spesimen yang betul.

Pengambilan atau Penghantaran Spesimen:
Selepas proses kelulusan dan pembayaran, pengaturan akan dibuat oleh Pihak Peminjam untuk pengambilan atau penghantaran spesimen.

Pemulangan Spesimen:
Spesimen hendaklah dipulangkan dalam tempoh masa yang dipersetujui dan dalam keadaan yang sama seperti semasa disewa. Sebarang kerosakan atau kehilangan akan dikenakan caj tambahan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang bertugas.