Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Pakej Lawatan Muzium Anatomi

Muzium anatomi juga dibuka untuk lawatan akademik dari institusi-institusi pengajian dan sekolah menengah. Selain bertujuan memberi pengenalan ke atas struktur asas tubuh badan manusia, ianya juga dapat memberi semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar jurusan sains dari sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi untuk menceburi bidang sains perubatan dan kesihatan. Sehingga kini, tidak kurang daripada 33,000 orang telah melawat fasiliti ini semenjak ianya mula dibuka kepada umum pada awal tahun 2000. Muzium anatomi yang terawal adalah terletak di Kampus UKM Cawangan Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Muzium terkini terletak di tingkat 3, Bangunan Praklinikal PPUKM.

Pakej lawatan yang ditawarkan adalah:

  • Taklimat berkenaan anatomi
  • Lawatan berpandu ke Muzium Anatomi
  • Lawatan berpandu ke Dewan Diseksi Jabatan Anatomi

Lawatan adalah terbuka kepada:

  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (dalam dan luar negara) *
  • Sekolah Menengah (Pelajar Aliran Sains Tingkatan 3, dan Pelajar Tingkatan 4 ke atas) (dalam dan luar negara) *
  • Agensi Swasta yang berkaitan *

* Kebenaran lawatan adalah tertakluk kepada permohonan bertulis pelawat dan kelulusan daripada Pengurusan HCTM PPUKM

Untuk pakej lawatan ini, sedikit Fi dikenakan seperti berikut:

INSTITUSIFI MASUK (SEORANG)
SEKOLAHRM2.00
IPTA/ BADAN BERKANUNRM3.00
IPTSRM5.00
AGENSI SWASTARM5.00

* Fi yang dikenakan adalah untuk menampung kos pengendalian dan penyelenggaraan muzium.

Bayaran perlu dibuat secara atas talian (on-line) atau di mesin deposit tunai CIMB dengan menggunakan  akaun ‘UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA’ dengan nombor akaun ‘8600081140’ dan resit pembayaran perlu dikemukakan melalui emel ke museumvisitation@gmail.com

* Sila bawa resit semasa hari lawatan sebagai pembuktian.

Borang permohonan lawatan boleh dimuat turun di sini [BORANG MAKLUMAT PELAWAT] dan hendaklah dihantar dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh permohonan lawatan. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar secara pos, faksimili atau melalui emel seperti di bawah:

Alamat:

Jabatan Anatomi
Aras 18, Bangunan Praklinikal
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur Malaysia.

Telefon: +603 -9145 8714 / 018-2355646
Email: noorazlina@ukm.edu.my