Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Makmal Penyelidikan Umum

Jabatan Anatomi mempunyai 3 makmal penyelidikan iaitu makmal penyelidikan 1 (proteomik), makmal penyelidikan 2 (ekstraksi) dan makmal penyelidikan 3 (genomik).  Makmal-makmal ini berada di tingkat 9 Bangunan Praklinikal PPUKM. Ia digunakan oleh para penyelidik kami serta pelajar-pelajar pascasiswazah dan prasiswazah untuk tujuan penyelidikan.

                                      

Makmal Penyelidikan 1 - Proteomik

Makmal ini diasaskan untuk mengkaji protein. Buat masa ini ianya dilengkapi dengan peralatan asas yang mampu untuk menganalisa protein dari segi kuantifikasi. Jabatan mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi bentuk kajian di masa hadapan yang meliputi identifikasi, pengasingan dan pengkelasan protein. Di antara peralatan yang terdapat di makmal ini adalah mesin ELISA dan homogenizer.

Makmal Penyelidikan 2 – Ekstraksi

Makmal ini pula ditubuhkan bagi tujuan pengekstrakan tumbuh-tumbuhan. Oleh kerana kebanyakan penyelidikan di jabatan ini tertumpu kepada peranan herba semulajadi dalam melawan penyakit, penghasilan ekstraksi tumbuh-tumbuhan tanpa bergantung kepada makmal luar ini menjadi satu kelebihan kepada para penyelidik dalam mengurangkan tempoh masa penghasilan dan peningkatan kualiti produk. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan seperti ‘freeze dryer’ dan ‘extractor’.

Makmal Penyelidikan 3 – Genomik

Makmal genomik ditubuhkan untuk mengkaji antara lainnya struktur dan fungsi genom. Genom merupakan set lengkap DNA sesuatu organisma. Walaupun peralatan yang dimiliki agak asas seperti mesin rt-PCR dan ‘image analyser’, pihak jabatan berhasrat untuk mengembangkan lagi penyelidikan genom di masa akan datang yang meliputi pemetaan, evolusi dan penyuntingan genom.

Untuk penyewaan penggunaan peralatan di makmal-makmal ini, sila rujuk kepada Sewaan Peralatan di bawah menu Perkhidmatan.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan makmal-makmal di atas, sila hubungi:

Pn. Nurul Huda Mohd Yusoff

 03-9145 8417
 hudayusoff@ukm.edu.my