Dua Pensyarah Jabatan Anatomi Tersenarai dalam “World's Top 5% Scientists” 2025
Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Fairus Ahmad dan Prof. Madya Dr. Teoh Seong Lin atas pencapaian membanggakan apabila masing-masing telah disenaraikan dalam “World’s Top 5% Scientists” menerusi 2025 SciRank Global Registry.
Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan, sumbangan serta impak penyelidikan yang telah dihasilkan oleh kedua-dua ahli akademik dalam bidang masing-masing di peringkat antarabangsa.
Jabatan Anatomi amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap pengiktirafan tersebut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan untuk terus memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Fairus Ahmad dan Prof. Madya Dr. Teoh Seong Lin atas pencapaian yang membanggakan ini!
“Tahniah atas kecemerlangan, terus menginspirasi dunia melalui ilmu dan penyelidikan.”

