Skip to main content

Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

Dua Kakitangan Jabatan Anatomi Raih Kejayaan dalam Pertandingan Poster Inspirasi Integriti @ Warga UKM 2026

Tahniah diucapkan kepada dua orang kakitangan Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan terpilih sebagai pemenang Pertandingan Poster Inspirasi Integriti@Warga sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat UKM Tahun 2026.

Dua orang kakitangan yang telah mengharumkan nama Jabatan Anatomi ialah:

  1. Puan Nurul Iliyana Rumli
    Juruteknologi Makmal Perubatan U5

  2. Puan Siti Norasikin Simon
    Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen warga Jabatan Anatomi dalam menghayati dan membudayakan nilai integriti, amanah serta nilai-nilai murni dalam persekitaran kerja.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pemenang atas pencapaian yang diraih. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan Anatomi untuk terus mengamalkan budaya kerja berintegriti dan cemerlang.