Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PUAN MAZNAH BUANG & SANJUNGAN BUDI PUAN NOOR AZLINA ZULKFELI

22 September 2025 – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Puan Maznah Buang dan Sanjungan Budi Puan Noor Azlina Zulkefli sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan kedua-dua warga jabatan.

Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan Puan Maznah Buang setelah menabur bakti selama 14 tahun di Jabatan Anatomi. Sepanjang perkhidmatannya, beliau dikenang sebagai seorang yang berdedikasi, berdisiplin, dan sentiasa memberi komitmen tinggi dalam tugas.

Selain itu, majlis turut memberi penghargaan kepada Puan Noor Azlina Zulkefli sempena perpindahan beliau ke jabatan lain. Sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Jabatan Anatomi diraikan dengan penuh rasa hormat dan terima kasih.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra itu turut diserikan dengan ucapan penghargaan, penyampaian cenderahati, serta jamuan bersama seluruh warga jabatan.