Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025

27 November 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Program ini bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada para peserta mengenai teknik pemuliharaan, pembersihan serta kaedah penyusunan relik arkeologi secara sistematik.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta berpeluang mempelajari amalan terbaik dalam menjaga dan memelihara artifak bersejarah, sekaligus menyemai kesedaran terhadap kepentingan memelihara warisan negara.

Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memelihara sejarah, identiti dan khazanah warisan bangsa.