PAMERAN RANGKA MANUSIA PRASEJARAH
“Mengenali kisah manusia purba”
Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Majlis Perasmian Pameran Rangka Manusia Prasejarah bertemakan “Mengenali Kisah Manusia Purba” bagi mengetengahkan penemuan penting berkaitan rangka manusia purba serta perkembangan penyelidikan anatomi prasejarah.
Majlis perasmian dan pameran tersebut dijadual berlangsung pada:
📅 13 Januari 2026
⏰ 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM
Program ini menghimpunkan bahan pameran berkaitan rangka manusia purba, teknik penyelidikan, serta naratif sejarah mengenai kesihatan dan kehidupan masyarakat prasejarah. Pameran ini turut memberi peluang kepada pengunjung mendekati spesimen sebenar yang digunakan dalam kajian antropologi dan anatomi manusia.
Penyertaan adalah percuma, namun tempat adalah terhad. Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/NpuRf4Ma4REUTLpU9
Program ini terbuka kepada semua warga UKM yang ingin mengenali lebih dekat dunia prasejarah melalui medium penyelidikan saintifik.