Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

ANATOMY INTENSIVE COURSE (AIC) NEWTON 8.0

Anatomy Intensive Course (AIC) Newton 8.0 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Disember 2025 bertempat di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini melibatkan penyertaan pelajar dari Newton International College dan bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap struktur anatomi manusia melalui pendekatan pembelajaran berasaskan modul yang merangkumi sesi teori dan praktikal, termasuk pendedahan kepada kaedah pengawetan kadaver.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, UKM, iaitu Dr. Fairus Ahmad. Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen Jabatan Anatomi dalam menyokong aktiviti akademik serta perkongsian kepakaran dalam bidang anatomi dan pendidikan perubatan.