Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

MAJLIS PERPISAHAN PUAN AFIQAH ABDUL RAZAK

08 Disember 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Majlis Perpisahan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Afiqah Abdul Razak ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan U6 di Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Kuala Lumpur. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Anatomi.

Penganjuran majlis ini merupakan penghargaan atas khidmat bakti, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di jabatan. Warga Jabatan Anatomi turut merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan kejayaan berterusan kepada Puan Afiqah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di jawatan baharunya.

Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan, diikuti sesi bergambar bersama warga jabatan.