Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

SEWAAN PERALATAN MAKMAL

Kemudahan Peralatan Jabatan

Jabatan ini menyediakan kemudahan peralatan yang tersenarai sebagai peralatan penggunaan bersama di peringkat Fakulti. Kemudahan ini bertujuan menyokong aktiviti akademik, pengajaran dan penyelidikan selaras dengan keperluan semasa. Sebahagian daripada peralatan tersebut adalah tertakluk kepada penggunaan dalaman sahaja dan tidak dibenarkan dipindahkan keluar dari jabatan tanpa kelulusan rasmi.

Sebarang urusan berkaitan tempahan, kadar caj penggunaan serta garis panduan penggunaan hendaklah dirujuk kepada pegawai bertugas seperti yang dinyatakan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kelulusan yang berkaitan.

Perkhidmatan Berkaitan Penyelidikan (Tingkat 9)

Jabatan turut menyediakan pelbagai peralatan makmal bagi menyokong aktiviti penyelidikan yang terletak di Tingkat 9, Bangunan Pra Klinikal, Fakulti Perubatan.Perkhidmatan penyewaan peralatan adalah tertakluk kepada prosedur dan terma yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut berkaitan senarai peralatan, kadar sewaan serta tatacara permohonan, sila hubungi pegawai bertugas.

Dr. Nur Aqilah Kamaruddin

Pegawai Penyelidik Q10 (FX)

03 – 9145 8653
nur.aqilah@ukm.edu.my