TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT
Pihak Jabatan Anatomi merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Elvy Suhana Mohd Ramli atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan Gred Khas C (VK7) menerusi laluan kerjaya, yang telah berkuat kuasa mulai 4 Mac 2025.
Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan atas dedikasi, kepakaran, serta pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Sumbangan beliau yang berterusan kepada Jabatan dan universiti amat dihargai.
Seluruh warga Jabatan Anatomi mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan yang berterusan buat Prof. Madya Dr. Elvy Suhana dalam meneruskan kecemerlangan akademik dan kepimpinan.