Ucapan Tahniah Penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025
Jabatan Anatomi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Anatomi, Tingkat 18.
Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan komitmen tinggi, prestasi cemerlang serta dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:
Kategori Akademik
• Prof. Madya Dr. Elvy Suhana binti Mohd Ramli
Kategori Pelaksana 1
• Puan Natasya Nadia binti Sahruddin
Kategori Pelaksana 2
• Cik Afizah binti Ahmad
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan.
Syabas dan tahniah diucapkan!