FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Doktor Falsafah

Utama >  Program Siswazah > Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan

Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program kedoktoran hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. pelajar yang sedang mengikuti program sarjana mod penyelidikan secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau
  5. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL); atau
  6. memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); atau
  7. Calon TANPA  kelayakan atau pengalaman kerja dalam bidang Pengajian Islam, tetapi berminat untuk menjalankan kajian rentas disiplin dengan bidang Pengajian Islam,  mesti menduduki kursus prasyarat yang sesuai dan memenuhi syarat minima yang ditetapkan oleh Program; dan
  8. memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  9. memenuhi keperluan Bahasa.

Keperluan Bahasa

  1. Bahasa Melayu – Calon luar negara wajib mengikuti kursus Bahasa Melayu (3 kredit) seperti yang ditetapkan oleh Universiti. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
  2. Bahasa Inggeris– Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor atau band minimum yang ditetapkan iaitu TOEFL iBT (30-34), TOEFL pBT (396-416),  IELTS (4.0) atau MUET Tahap 2.0 (Band 2.0).  Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan  semasa membuat permohonan pengajian.
    • Calon yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan Tawaran Bersyarat iaitu pelajar dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman di UKM dengan had tempoh masa selama dua (2) tahun maksimum dan menduduki peperiksaan berkaitan bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris yang ditetapkan.
    • Fakulti boleh memberikan pengecualian kepada syarat kompetensi Bahasa Inggeris sekiranya;
      1. pelajar antarabangsa yang berasal daripada negara yang  menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau
      2. pelajar antarabangsa yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.