FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Syarat-syarat Bergraduasi
Program Sarjana Pengajian Islam

1.  Sarjana Mod Penyelidikan

  • Melengkapkan kursus prasyarat (jika berkaitan);
  • Membentangkan cadangan usul penyelidikan pada semester pertama atau kedua;
  • Menyediakan tesis tidak melebihi 60,000 patah perkataan dalam bidang penyelidikan;
  • Menerbitkan Satu (1) artikel dari mana-mana kategori yang berikut:
    • Jurnal ERA/Scopus/WoS;
    • Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut atau tersenarai dalam MyJurnal (Malaysian Journal Management System) dari MyCite;
    • Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM.

2.  Sarjana Mod Campuran (Kerja Kursus dan Penyelidikan)

  • Mendaftar dan melengkapkan 12 kursus (wajib dan elektif);
  • Membentangkan cadangan usul penyelidikan pada semester pertama atau kedua;
  • Menyediakan tesis tidak melebihi 50,000 patah perkataan dalam bidang penyelidikan;
  • Menerbitkan satu (1) artikel jurnal berwasit (SCOPUS/ ERA/ WOS/ yang tersohor dalam bidang.

3.  Sarjana Mod Kerja Kursus

  • Mendaftar dan melengkapkan 12 unit kursus wajib, 21 unit kursus elektif dan 12 unit kertas projek;
  • Melengkapkan kursus prasyarat (jika berkaitan);
  • Membentangkan Kertas Projek 1;
  • Kertas Projek 2 menghasilkan 1 penulisan artikel sama ada Bab dalam Buku/ prosiding atau artikel jurnal.