Latihan Industri merupakan kursus wajib bagi ijazah Sarjana Muda di Fakulti Sains dan Teknologi. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan sebenar. Selain itu, pelajar boleh mempraktikkan ilmu dan kemahiran berkaitan bidang pengkhususan yang telah dipelajari semasa di universiti. Latihan industri merupakan peluang pelajar untuk meluaskan pengalaman dengan dibimbing penyelia di tempat latihan dan juga pensyarah sebagai penyelia akademik. Fakulti dan industri akan terlibat secara langsung bagi memastikan pelajar memperoleh manfaat dari latihan industri yang telah disusun.
Senarai Penerima Anugerah Industri Syarikat Tersohor Tahun 2023
Anugerah ini dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat penempatan latihan Industri di organisasi tersohor. Pelajar yang di beri keutamaan adalah pelajar dibawah kategori B40. Berikut merupakan empat pelajar daripada senarai. Senarai penuh semua penerima boleh dicapai di sini.Â