Faculty of Science and Technology

Sekretariat Makmal & Instrumentasi (SMI) telah ditubuhkan pada tahun 2018, hasil daripada pelan penstrukturan FST. SMI merupakan salah satu sektretariat yang terdapat di Fakulti Sains dan Teknologi. SMI diwujudkan bagi memenuhi beberapa objektif berikut :

Menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Sains dan Teknologi.

Memberikan perkhidmatan makmal kepada pelajar dan penyelidik, di dalam dan luar Fakulti.

Menyediakan perkhidmatan instrumentasi kepada pelajar dan penyelidik di dalam dan luar Fakulti.

Memberikan perkhidmatan kalibrasi dan
fasiliti di dalam
dan luar
Fakulti.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi makmal pengajaran dan penyelidikan, kerja lapangan, perkhidmatan instrumentasi (spektroskopi, kromatografi gas, kromatografi cecair, pencirian bahan dan mikroskopi elektron) serta kalibrasi dan fasiliti.

MISI

Beriltizam mencapai kecemerlangan untuk memberi perkhidmatan makmal dan instrumentasi yang terbaik yang menekankan pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia

VISI

Menjadikan perkhidmatan makmal dan instrumentasi di Fakulti Sains dan Teknologi agar terkehadapan dan menyediakan perkhidmatan makmal berkualiti tinggi serta mesra pelanggan

JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa SMI terdiri daripada 3 struktur bahagian utama SMI iaitu Bahagian Makmal Pengajaran & Kerja Lapangan, Perkhidmatan Instrumentasi dan Kalibrasi/Fasiliti

MAKMAL PENGAJARAN & KERJA LAPANGAN

Bahagian Makmal dan Kerja Lapangan memainkan peranan penting bagi membantu aktiviti pengajaran pelajar melibatkan amali dan kerjalapangan. Selain itu, bahagian ini juga  bertanggungjawab mengurus kemudahan dan peralatan serta aktiviti berkaitan makmal di fakulti.

Bahagian in terdiri dari 5 unit iaitu Unit Fizik, Unit Kimia, Unit Sains Sekitaran, Unit Biologi dan Unit Matematik. Setiap unit juga mempunyai beberapa sub unit seperti unit Geologi, unit Biokimia, unit Sains Nuklear dan lain-lain. Setiap unit dan sub-unit ini bertanggungjawab mengurus operasi makmal pengajaran dan penyelidikan mengikut bidang.

PERKHIDMATAN INSTRUMENTASI

Bahagian Perkhidmatan Instrumentasi memberikan perkhidmatan instrumentasi kepada pelajar pra siswazah, siswazah dan  juga pengguna dari luar UKM. Bahagian in terdiri dari 4 unit iaitu Unit Spektroskopi, Unit Pencirian Bahan, Unit Kromatografi yang terdiri daripada Kromatografi Cecair dan juga Kromatografi Gas dan akhir sekali Unit Mikroskopi Elektron.

Setiap unit ini berperanan menguruskan sampel-sampel yang dihantar untuk dianalisis mengikut SOP yang telah ditetapkan.

PERKHIDMATAN KALIBRASI & FASILITI

Bahagian Perkhidmatan Kalibrasi dan Fasiliti menyediakan perkhidmatan kalibrasi, kemudahan fasiliti penyelidikan dan  penyelenggaraan alatan makmal di makmal pengajaran dan makmal penyelidikan. Bahagian ini terdiri daripada 5 unit iaitu Unit Bengkel dan baik pulih , unit rumah haiwan , unit histologi dan koleksi kultur , unit muzium zoologi serta unit penyelidikan analisis air. 

Setiap unit memberikan perkhidmatan mengikut bidang penyelidikan yang diperlukan serta setiap analisis dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Bahagian Perkhidmatan SMI
0
Unit Makmal
0
Kakitangan Makmal SMI
0