Faculty of Science and Technology

Aktiviti HEJIM

HEJIM menyediakan titik fokus untuk inisiatif yang membangunkan perkongsian strategik universiti-industri-komuniti yang boleh meningkatkan dan menyokong penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan FST. Di bawah adalah beberapa aktiviti yang kami terlibat.

Januari 2024

BENGKEL MENINGKATKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN (GE) FST

Bengkel diadakan bersama Ketua Program, Penyelaras Latihan Industri dan Penyelaras Alumni Program bagi mendapatkan maklum balas daripada graduan serta membincangkan inisiatif meningkatkan GE.

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA UKM DAN YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA (YFBM)

Permeteraian antara UKM dan YFBM ini menandakan tekad dan komitmen kedua-dua pihak dalam melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial bagi mencapai matlamat pembangunan mampan SDG2 ‘sifar kelaparan’ dan SDG12 ‘penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab’.

MAJLIS PENYERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN MARDI & UKM


Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian antara MARDI dan UKM untuk konsultansi Pembangunan Kilang Tanaman di Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.

LAWATAN PLAN MALAYSIA SELANGOR


Lawatan daripada pasukan Gombak-Hulu Langat Geopark yang diketuai oleh PLAN Malaysia Selangor ke Muzium Geologi.

September 2023

UMT

Syarahan Umum  oleh Prof. Dr. Sebastian Krastel, Christian-Albrechts-University zu Kiel, Germany bertajukBridging Research Gaps in Marine Geophysics Across Southeast Asia serta perbincangan meja bulat.

Perbincangan meliputi jaringan antara universiti di Malaysia dan industri yang terlibat dalam kajian berkenaanpersekitaran laut.

YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

Perbincangan lanjut berkaitan jalinan kerjasama bersamaPusat Pemodelan dan Analisis (DELTA) dalammenganalisis data komuniti Yayasan Food Bank Malaysia bagi tujuan pembangunan kelestarian SDG1 (No Poverty) & SDG2 (Zero Hunger) melalui permeteraian MoU.

Ogos 2023

KEMBARA MERDEKA 66

FST bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telahberjaya menganjurkan Program Komuniti KembaraMerdeka 66 di Royal Belum, Gerik, Perak.

Program ini bertujuan untuk menyantuni dan memberibantuan makanan kering kepada masyarakat orang asli darisuku kaum Jahai yang tinggal di perkampungan Sungai Tiang, Sungai Klewang, Sungai Kejar dan Sungai Tan Hain.

NIOSH

Pertemuan bersama Encik Mohd Hussin Abd Salam, Manager Business and Marketing Division NIOSH dengan tujuan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan safety passport bagi meningkatkan Kebolehpasaran Graduan (GE).



LAWATAN SMK LEPAR PAHANG

Lawatan daripada pelajar SMK Lepar Pahang ke Program Geologi.

LAWATAN SMK BANDAR TASIK SELATAN

Lawatan daripada pelajar SMK Bandar Tasik Selatan keProgram Sains Nuklear. Lawatan ini disertai oleh pelajarTingkatan 5.

UZMA GROUP

Perbincangan bersama Uzma Group bagi potensi dana penyelidikan dan program CSR. Wakil Uzma Group iaituMr. Andrew Holmes dan Encik Ahmad Badran Saman

TAKAFUL IKHLAS

Perbincangan bersama Takaful Ikhlas bagi Projek TelagaTiub di Sekolah Kebangsaan Hj Omar Tahir di Sungai Petani Kedah. Tajaan RM200k bagi dana susulan selepas selesai projek 1 di Politeknik Kota Bharu.

XPDC LENGGONG GEOPARK

Penglibatan UKM khasnya dalam bidang geopark untukmemastikan Lenggong mendapat pengiktirafan Geopark Global melalui kepakaran ahli Fakulti

Julai 2023

MALAYAN WATER SDN BHD

Pembentangan Projek Kajian dan Usahasama antara MZL Consortium Limited, Malayan Water Sdn Bhd dan FST bagi cadangan Projek Kajian dan Penerokaan Sumber Air Dalam batu (Rock Water Aquifer) bagi tempoh 50 tahunbagi zon Retakan, Perawatan, Penyimpanan dan Pengagihan Sebagai Sumber Air Masa Depan SecaraKonsesi bersama UKM.

6TH ASIAN SCIENCE DEANS SUMMIT (ASDS)

Sembilan (9) Institut daripada Indonesia telah memeteraiSurat Hasrat (LoI) semasa 6th ASDS yang telah diadakandi The Everly Putrajaya Hotel

KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC)

Promosi Geologi ke Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan

PERBINCANGAN BERSAMA MAYWALD CONSULTANTS PTY LTD

Perjumpaan bersama Pengarah Urusan MaywaldConsultants Pty Ltd, Karlene Ann Maywald bagimembincangkan peluang kerjasama dalam penyelidikandan persidangan khusus dalam bidang sumber air bagitahun 2024- 2025 dengan bantuan daripada kepakaranAustralia.

PAMERAN AIR (SDG6)

Pameran Kepelbagaian Sumber Air sempena The 29th International Sustainable Development Research Society Conferences anjuran Fakulti Undang-Undang dan Pusat Strategi UKM dalam usaha  memperkenalkan inisiatifMatlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh UKM kepadapeserta persidangan.

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor telah menjemput Prof. Madya Dr. Mohd Hariri Arifin & Dr. Nor Shahidah Mohd Nazer untuk memberi ceramahkepada Pasukan STORM dan Multiskill Team (MUST)sempena Ujian Aturgerak Pasukan Khas Zon Tengah. Perbincangan bagi sijil profesional juga.

LAWATAN HARBIN INSTITUTE OF TECHNOLOGY, CHINA

Diketuai oleh Prof. Zhang Wencong, Deputy Vice Chancellor dan wakil Malaysia Edu-Culture Association. Tujuan lawatan adalah untuk menjalinkan kerjasama, pertukaran pelajar serta kajian dalam bidang Sains Marin dan Geologi.

SEMINAR PERSEDIAAN BAKAL GRADUAN

Seramai 467 orang pelajar hadir secara fizikal & atas talianpada hari pertama, manakala 310 orang pada hari kedua.

Jun 2023

GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK (GHLGp)

Taklimat bersama Pengarah JPBD (PLANMalaysiaSelangor) cadangan projek penyelidikan impakgeobencana banjir ke atas geotapak dan faedah geotapakmata air panas (geoterma)

HARI TERBUKA GEOLOGI

Tempat: SK Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor

Peserta: 65 orang guru & kakitangan

Turut dijemput sebagai penceramah:  Dr. Mohd Rozi Umor

PERBINCANGAN CSR BERSAMA PETRONAS RESEARCH SDN BHD (PRSB)

Perbincangan berkaitan cadangan naik taraf fasilitigelanggang badminton di Bangunan Makmal TambahanFST.Surat rasmi telah dihantar kepada Presiden Inspire PRSB pada 19 Jun 2023

LAWATAN BRIN-INDONESIAN RESEARCH & INOVATION AGENCY

Pengenalan mengenai BRIN Indonesia – satu-satunya agensi research di Indo. Di bawah BRIN, terdapat pelbagaiinstitusi dan makmal penyelidikan. Perbincangan tentang kerjasama dengan UKM/FST untuk penyelidikan, pertukaran pelajar dan staf, co-supervision

PROGRAM GEOLOGI PERSEKITARAN SK DUSUN TUA – GEOPARK SCHOOL GHL

Tempat: SK Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor

Peserta: 65 orang guru & kakitangan

Turut dijemput sebagai penceramah:  Dr. Mohd Rozi Umor

TALK & LAWATAN TAPAK BERSAMA YBHG. DATO’ AMRAN

Pelajar MSc Kerja Kursus dan Dr. Nor Shahidah MohdNazer bersama YBhg. Dato’ Amran bagi pendedahan kessebenaran dlm geologi kejuruteraan

LAWATAN INDUSTRI KE BANGUNAN GEOLOGI

Lawatan ke Bangunan Geologi oleh syarikat-syarikatalumni geologi antaranya Miro Bumi Engineering. Lawatan ini bertujuan untuk: 1)Naik taraf kemudahan peralatan makmal dan fasiliti 2)bantu penjanaan di JSBAS 3)penempatan latihan industri

SEMINAR BUKU & EKSPEDISI SAINTIFIK SETIU

Program anjuran UKM-UniKL-IIUM-Persatuan GeologiMalaysia – TNB Research – MASIA Tujuan – ekspolarasi yang memberi fokus kajianpersekitaran, kepelbagaian biologi dan ekosistem,pembangunan komuniti geopelancongan dan sosioekonomidi kawasan Setiu.

Mei 2023

SCHOOL’S OUT KIDS IN RAHSIA DI LANGIT DAN BUMI

Program Geologi telah dijemput oleh Pusat Sains Negara bagi menyertai pameran bertajuk Geologi DalamPembangunan Negara sempena School’s Out Kids In (SOKI). Turut serta Prof. Madya Dr. Habibah Jamil dan Dr. Azrin Azmi selaku pemudahcara.

GRADUAN CAREER FAIR

31 orang pelajar telah menghadiri program GRADUAN Career Fair di KLCC. Pensyarah pengiring oleh Dr. MohdFareed Mohd Sairi.

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI ALAUDDIN MAKASSAR, INDONESIA

Seramai 7 orang delegasi UIN Alauddin Makassar diketuaioleh Mr. Irwan telah berkunjung ke FST untukperbincangan berkaitan kolaborasi (penyelidikan,pertukaran pelajar/staf) antara Jabatan Sains Matematik(UKM) dengan Jabatan Matematik UIN Alauddin.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA UKM DAN DNV MALAYSIA SDN. BHD.

Majlis permeteraian ini diwakili oleh TNC HEPI dan Mr. Zhao Xiaodong, Area Manager SEA, DNV Singapore Pte. Ltd.

SUNWAY

Perbincangan lanjut berkaitan kerjasama dengan pihakSunway di kawasan Ipoh, Perak. Perbincangan melibatkan beberapa bidang kepakaran ahli FST (geologi,sekitaran, biologi) dengan memberi fokus kepada aspekgeoterma, kestabilan bukit dan gua batu kapur serta tarikanpelancong dengan keunikan biologi.

KOLABORASI WorldQuant BRAIN

Perbincangan bersama WorldQuant berkenaan penggunaanplatform BRAIN untuk peluang pekerjaan, pengajaran dan pembelajaran di UKM terutamanya dalam bidangMaths/Statistics, Computer Science dan Business/Finance.

SESI PEMBENTANGAN

Sesi pembentangan TDHEJIM kepada wakil Menteri NRECC berkaitan cadangan mewujudkan Garis Panduan Pembangunan Sumber Tenaga Geoterma di Malaysia.

KOLABORASI BERSAMA PLUS

Perbincangan bersama PLUS bagi pembentangan kajiankeselamatan jalan raya dari perspektif geosains terutamakejadian lubang benam di kawasan jalan raya didasari oleh batu kapur (Ipoh, Perak)

Kolaborasi bersama IOI Properties

Perbincangan bersama IOI Properties bagi potensikolaborasi penyelidikan dan analisis data

April 2023

BENGKEL PEMANTAPAN LATIHAN INDUSTRI

Bengkel diadakan bagi memantapkan proses pemilihan,permohonan dan penerimaan Latihan Industri di FakultiSains dan Teknologi serta pemahaman kepada ahlisekretariat HEJIM dan penyelaras Latihan Industri (LI) yang baharu dan sedia ada agar maklumat dan data yang dirujuk adalah sama antara kedua-dua pihak.

SLB East Asia

Mesyuarat peluang kerjasama penyelidikan dengan wakil SLB East Asia, Encik Hanif Sheikh Ali melibatkanpelbagai kepakaran penyelidik FST

SUNWAY CITY (IPOH) SDN. BHD.

Mesyuarat peluang kerjasama penyelidikan dengan pihakSunway City Ipoh melibatkan pelbagai kepakaranpenyelidik FST

Mac 2023

DOKUMEN KERJASAMA YIWU HUANQI TRADING CO. LTD., CHINA

Permeteraian dokumen Memorandum Persefahaman antaraUKM dan Yiwu Huanqi Trading Co. Ltd., China bagikerjasama berkaitan Rantaian Nilai Berasaskan Tani

GEO STRATA SDN. BHD.

Mesyuarat peluang tajaan biasiswa dan naik taraf ruang.

DOKUMEN KERJASAMA MAJLIS PELANCARAN T2Dev

Pembentukan T2Dev adalah untuk merapatkan jurang di antara Universiti, Industri dan modal insan bagimembentuk bakat-bakat teknologi di Malaysia untukmemenuhi keperluan industri apabila memasuki alampekerjaan. Majlis ini turut diadakan sesi penyerahan dokumenkerjasama antara UKM dan Strateq Group oleh YBhg. Datuk Tan Seng Kit. Penyelaras dokumen: Dr. Mohd AftarAbu Bakar.

LAWATAN SMK KAMPONG PASIR PUTEH, PERAK

Seramai 38 orang pelajar tingkatan 5 bersama 7 guru pengiring SMK Pasir Puteh, Perak telah melawat ke FST. Lawatan ini juga diiringi oleh Pusat Pengurusan Akademik(AKADEMIK-UKM) dan peserta lawatan telah dibawa keGaleri Sejarah Alam dan Loji Pandu Makanan, FST.

HARI TERBUKA KMNS

Promosi Pengajian Prasiswazah semasa Hari Terbuka Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada 17 Mac 2023.

PRASARANA

Perbincangan gerak kerja projek kualiti udara di dalammod pengangkutan Prasarana serta perbincangan awalberkaitan MoA

BICARA SANTAI BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL AKADEMIK DAN ANTARABANGSA

Seramai 50 orang telah hadir dan berkongsipengalaman serta bertukar pendapat dalam pelbagaiaspek terutama di bawah portfolio TNC HEAA

Lawatan ke JanakuasaGeoterma Kamojang, Indonesia

Perbincangan berkaitan kerjasama dalam memajukansumber air panas di Malaysia untuk menjana tenagaelektrik bersama Fortress Minerals Limited (Singapore)

UNIVERSITAS AIRLANGGA

Perbincangan berkaitan kolaborasi (penyelidikan, pertukaran pelajar/staf) antara Jabatan Sains Matematik(UKM) dengan Departemen Matematika (UNAir)

YIWU HUANG QI TRADING Co, Ltd.

Perbincangan berkaitan kerjasama dalam pertanian sisasifar menggunakan teknologi pertanian bersih (CAT) dan sumber REE.

Februari 2023

SEMINAR TEKNIKAL ANTARA NUKLEAR MALAYSIA DAN INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN (LESTARI), UKM

Penglibatan FST dalam perbincangan antara NUKLEAR Malaysia dan LESTARI

PROGRAM CSR PEMBINAAN TELAGA TIUB DI POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN

Dana CSR tajaan oleh pihak Takaful Ikhlas General Berhad bagi pembinaan telaga tiub dan sistem rawatanair

UKM@LABU LANJUT

Dirasmikan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Borhan Aman Shah dan turut dihadiri oleh TimbalanNaib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) UKM, Yayasan Canselor dan I-KOM

MESYUARAT DENGAN PERSATUAN AHLI GEOFIZIK PENJELAJAHAN (SEG)

Cadangan SEG dalam mengubah persekitaran ahli geofizikuntuk menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek.Meningkatkan kesedaran kepada umum melalui program pengajaran dan latihan serta banyak lagi bengkel yang diadakan. Harapan dan cadangan SEG untuk bekerjasama denganpihak UKM dalam penganjuran persidangan berkaitangeoterma.

BANK MUAMALAT  

4 agenda utama diketengahkan iaitu:1) Waqaf Bilik Asnaf, 2) Cadangan penajaan menaiktaraf ruang PMFST 3) Kunjungan hormat Alumni di Industri – En Hamidi Abdul Razak (Alumni FST, Sains Aktuari 2008)Vice President Risk Management Dept 4) Peluang Latihan Industri dan penempatanpekerjaan di Bank Muamalat 

UNIVERSITAS INDONESIA

-Lawatan ke mata air panas Ulu Slim dan FELDA Sg. Klah
-Syarahan Antarabangsa

Dihadiri seramai 40 orang

LAWATAN KE AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

Seramai 19 orang pelajar tahun 2 KursusGeofizik di bawa untuk melihat peralatangeofizik dan jaringan bagi peluang latihanindustri

BENGKEL MENINGKATKAN PENGAMBILAN UKMi & KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Resolusi Bengkel – Program upskilling secara atas talian kepadagraduan yang belum bekerja sebagai inisiatif bagimeningkatkan kemahiran graduan dalam tempohdua (2) minggu sebelum tarikh tutuppengumpulan data UKM pada 21 Februari 2023