Program ini merangkumi pembelajaran dan perbincangan saintifik secara kritikal terhadap kepentingan jangka hayat makanan bagi meniamin kualiti dan keselamatan produk makanan. Pelbagai aspek jangka hayat produk makanan merangkumi prinsip-prinsip dan faktor-faktor yang mempengaruhi jangka hayat produk makanan akan dipelajari secara teori dan praktikal.
Skop program meliputi perbincangan secara kolaboratif dan berkesan terhadap isu, cabaran, teknologi dan kaedah-kaedah terkini berkaitan penentuan jangka hayat produk makanan. Amali penentuan jangka hayat – masa nyata (Real Time) dan jangka hayat dipecutkan (Accelerated Shelf Life Testing) juga akan dijalankan dan dibincangkan secara kritis. Praktikal akan merangkumi produk-produk makanan yang disimpan sama ada pada suhu sejuk beku, suhu sejuk atau suhu bilik.