JEMPUTAN KE SEMINAR PEGAWAI PENYELIDIK UKM SIRI 4/2025 – ILMU & AMALAN FARMASI: CABARAN MERENTAS DUNIA PERUBATAN MANUSIA DAN VETERINAR

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE SEMINAR PEGAWAI PENYELIDIK UKM SIRI 4/2025 – ILMU & AMALAN FARMASI: CABARAN MERENTAS DUNIA PERUBATAN MANUSIA DAN VETERINAR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa satu seminar anjuran Kumpulan Pegawai Penyelidik UKM dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi, 
UKM bertajuk “
Ilmu & Amalan Farmasi: Cabaran Merentas Dunia Perubatan Manusia dan Veterinar”  akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh        :  28 Oktober 2025 (Selasa)
Masa         :  10.00 pagi
Tempat     :  Bilik Aktiv, Aras 3, Bangunan Kedekanan FST, UKM dan secara Hibrid
 Meeting ID: 990 6720 4187
Passcode: 050665
3.   Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan menyertai seminar ini dan memanjangkan jemputan ini kepada kakitangan yang lain.
 

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.