PROGRAM EKSPLORASI MAHABAH “CINTA ALAM, CINTA WAKAF”

PROGRAM EKSPLORASI MAHABAH “CINTA ALAM, CINTA WAKAF”.
?✨ “Alam Ini Ada Rahsia, Sudikah Anda Menjelajahinya?” ✨
Bayangkan… anda melangkah masuk ke hutan simpan Taman Botani Bangi UKM, deruan angin membisik di celah pepohon, dan setiap hentian membawa anda pada kisah menakjubkan ciptaan Tuhan.
? 5 Checkpoint menanti anda:
? CP1 – Pokok Arah Kiblat: petunjuk alam yang menjadi panduan ibadah.
? CP2 – Pokok Ara Pencekik: kuasa alam yang mampu menakluk.
? CP3 – Kualiti Air Tasik Ghazali: sebening cermin kehidupan.
? CP4 – Liana / Setambun: lambang kekuatan berpaut untuk terus hidup.
? CP5 – Rumah Teduh: persinggahan cinta wakaf.
✨ Lebih istimewa, jom jelajahi bersama Pendakwah & Pendidik tersohor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Duta Dana Wakaf Khas TBB.
Pengembaraan anda akan dipandu dengan ilmu, hikmah dan renungan mendalam tentang erti kelestarian serta amanah kita terhadap alam.
Tetapi pengembaraan ini lebih dari sekadar jelajah. Ia adalah sebuah misi wakaf, mengumpulkan dana sebanyak RM1 JUTA untuk pembangunan pendidikan & kemudahan di Taman Botani Bangi UKM.
? Setiap langkah anda, setiap sumbangan anda, adalah warisan untuk generasi akan datang.
? Sertai kami. Hayati alam. Hulurkan wakaf. Bersama kita semai ilmu & kelestarian.
“Hargai alam kerana alam tidak pernah berhenti memberi, mengapa kita harus berhenti berkongsi?”
Sila hubungi:
Dr. Ikmal (0137592963) atau