JEMPUTAN KE BICARA PENYELIDIKAN: SESI PERKONGSIAN DANA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI 1 (TED1), KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Pusat IDEA dibawah Kluster Penyelidikan Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar (SLASKP) akan menganjurkan program Bicara Penyelidikan: Sesi Perkongsian Dana Pembangunan Teknologi 1 (TED 1), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh              : 30 November 2021 (Selasa)

Masa                : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Pelantar           : Zoom Meeting (Pautan akan dimaklumkan kemudian)

3.         Sehubungan itu, Pusat IDEA dan Kluster Penyelidikan berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk turut hadir serta memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik yang berminat serta berpotensi untuk membida Dana TED 1 ini. Pra-pendaftaran untuk ke program ini boleh dibuat melalui pautan Google Form http://shorturl.at/npyB0 sebelum atau pada 24 November 2021 jam 4.00 petang.

4.         Bersama-sama ini dilampirkan poster acara untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Jasa baik dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*