Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat IDEA dengan kerjasama Kluster Penyelidikan UKM akan menganjurkan Program Bicara Penyelidikan: Strategi dan Hala Tuju Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 9.30 Pagi
Aplikasi : Zoom (Pautan akan diedarkan melalui Google Invite)

3. Sehubungan dengan itu, sukacita YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk turut hadir sekaligus menyampaikan hebahan ini kepada penyelidik di Fakulti/Institut/Pusat masing-masing. YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Tuan/Puan dan penyelidik dipohon untuk membuat pra-pendaftaran kehadiran melalui pautan https://forms.gle/sbSCGp5EGrU5spAc9 selewat-lewatnya pada 3 Mac 2021 (Rabu) untuk tindakan urus setia.

Di atas kerjasama YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*