Pusat IDEA-UKM bersama Kluster Penyelidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia telah mengadakan kerja lapangan yang melibatkan komuniti orang
Asli Tasik Chini, Pahang, pada 7 hingga 9 November 2023 (Selasa-Khamis)
bertempat di Perkampungan Orang Asli Tasik Chini, Pahang. Kerja lapangan ini melibatkan Peneraju Kluster Penyelidikan Pusat IDEA-UKM, Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi Prof. Dr. Norbahiah Misran, Peneraju Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan Prof. Dr. Poh Bee Koon, Peneraju Kluster Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Termaju, Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani serta Pegawai Fokal Kluster Penyelidikan Pusat IDEA-UKM.

Hasil kerja lapangan ini adalah bagi memperkemas struktur penyelidikan yang lebih jelas dan
berstrategik khususnya kepada komuniti orang Asli. Selain itu, untuk merancang pelan terkehadapan bagi pemerkasaan dan pembangunan komuniti orang Asli, perancangan strategik dalam menghasilkan idea baharu untuk pemerkasaan komuniti orang Asli dan meningkatkan jaringan strategik dalam penyelidikan bersama pihak berkepentingan.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*