Kerjasama Global: NNEdPro, UNICEF & UKM Kukuhkan Agenda Nutrisi & Kesihatan Awam

BENGKEL ANJURAN BERSAMA NNEDPRO GLOBAL INSTITUTE FOR FOOD, NUTRITION AND HEALTH DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

28 Julai 2025 | Dewan Khalid Kadir, Aras 3, Blok Pendidikan Tambahan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat IDEA dan Fakulti Perubatan, bersama NNEdPro Global Institute for Food, Nutrition & Health, telah menganjurkan bengkel bertajuk ‘Nutritional Approaches for Preventing Type 2 Diabetes and Non-Communicable Diseases (NCD) in Malaysia: An Encounter with NNEdPro and UNICEF East Asia Pacific Regional Office (EAPRO)’. Bengkel ini telah dianjurkan di bawah portfolio Penyandang Kursi Diraja Canselor Tuanku Muhriz UKM, YBhg. Prof. Dr. Chim C. Lang.

Barisan panel jemputan terdiri daripada Profesor Dr. Sumantra Ray dan Helena Trigueiro dari NNEdPro Global Institute, Profesor Dr. Norlaila Mustafa dari Fakulti Perubatan UKM, serta wakil UNICEF (EAPRO) Nutrition Team, Sanele Nkomani. Moderator bagi sesi ini ialah YBhg. Profesor Dr. Chim C. Lang. Turut hadir bersama dalam bengkel ini ialah Profesor Dr. Nur Azurah Abd Ghani, Pengurus Kursi Diraja Canselor Tuanku Muhriz, dan Profesor Dr. Poh Bee Koon, Peneraju Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju UKM.

Antara pengisian utama adalah perbincangan mengenai pemikiran sistem dalam pemakanan, kerangka kompetensi pendidikan pemakanan perubatan untuk rantau ASEAN, serta isu kesaksamaan dalam akses kesihatan dan pendidikan pemakanan.

Seramai 40 orang peserta (secara fizikal dan hybrid) yang terdiri daripada pensyarah, pelajar siswazah serta wakil pakar bidang daripada agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO).

Hasil utama daripada bengkel ini ialah kesepakatan untuk memperkukuh kerjasama penyelidikan dan pendidikan pemakanan melalui penglibatan pelbagai pemegang taruh, serta sokongan terhadap pembangunan dasar berasaskan bukti untuk pencegahan NCD secara lebih menyeluruh di Malaysia.

May be an image of 2 people, dais, newsroom, the Oval Office and text
May be an image of 2 people, people studying and newsroom
May be an image of 3 people, people studying, newsroom and the Oval Office
May be an image of 4 people, people studying and newsroom
May be an image of 2 people, people studying and newsroom
May be an image of 1 person and studying
May be an image of 12 people, dais and text

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*