Kunjungan Hormat Pusat IDEA UKM dan MIROS Teroka Potensi Kolaborasi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya

KAJANG, 24 April 2026 – Pusat IDEA UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan strategik bersama Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) bagi meneroka potensi kolaborasi penyelidikan dalam bidang keselamatan jalan raya.

Sesi yang berlangsung pada 24 April 2026 (Jumaat) pada jam 9.30 pagi di Ibu Pejabat MIROS, Kajang, Selangor itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat IDEA UKM dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama agensi penyelidikan dan badan berkepentingan negara.

Delegasi Pusat IDEA UKM telah diketuai oleh Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA UKM, bersama Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah dan Prof. Dr. Muhammad Rizal Razman, serta pegawai-pegawai Pusat IDEA UKM.

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan berkaitan potensi kerjasama dalam penyelidikan keselamatan jalan raya yang merangkumi sokongan kepada pembangunan dasar berasaskan bukti, cadangan penyelesaian inovatif serta usaha memperkukuh kesedaran awam terhadap isu keselamatan jalan raya.

Perbincangan ini turut membuka ruang kepada penerokaan kepakaran penyelidik UKM yang berpotensi disepadukan dengan keperluan penyelidikan MIROS dalam menghasilkan penyelesaian yang lebih holistik dan berimpak kepada masyarakat.

Kunjungan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan kerjasama penyelidikan berimpak tinggi antara kedua-dua institusi, sekali gus menyumbang kepada penggubalan dasar yang lebih efektif serta peningkatan tahap keselamatan jalan raya di negara ini.

#UKMSharing #IDEAUKM #MIROS #KeselamatanJalanRaya

May be an image of one or more people, people studying and text
May be an image of studying and text
May be an image of one or more people and text

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*