Kunjungan Hormat ReNeU-RMC UiTM ke Pusat IDEA-UKM Perkasa Jaringan Penyelidikan Negara

Bangi, 18 Jun 2025 – Pusat IDEA-UKM telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Research Management Centre (RMC) dan Research Nexus UiTM (ReNeU) menerusi Program Citra Kolaborasi Pejabat Penyelidikan dan Inovasi UiTM bersama Pusat IDEA-UKM.

Lawatan ini membuka ruang strategik bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara dua institusi penyelidikan utama negara, dengan tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik dalam tadbir urus penyelidikan dan inovasi, pengurusan geran, ekosistem pengkomersialan hasil, serta penyelidikan rentas disiplin dan institusi.

Sesi turut diserikan dengan pembentangan berimpak tinggi daripada:

  • Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah, Pusat IDEA-UKM
  • Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah, ALAF@UKM
  • Prof. Dr. Sawal Hamid Md Ali, Timbalan Pengarah, Inovasi@UKM

Pusat IDEA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi UiTM atas kunjungan yang bermakna ini. Diharapkan kolaborasi antara UKM dan UiTM akan terus diperkukuh demi memacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi negara secara bersama.

#IDEAUKM #UiTMxUKM #KolaborasiStrategik #Inovasi #Penyelidikan #RentasInstitusi #UKMSharing

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*