Pusat IDEA UKM (IDEA) akan membuka permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) Tahun 2023 mulai 13 Februari 2023 (Isnin) sehingga 28 Mac 2023 (Selasa) yang akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) melalui pautan https://appsmu.ukm.my/smpu.

Setiap permohonan perlu mematuhi garis panduan, kriteria permohonan, skop penyelidikan di samping penyelidikan bersifat translasi yang berkualiti. Garis Panduan yang terkini boleh dimuat turun melalui laman web IDEA http://www.ukm.my/ideaukm/muat-turun atau di SMPU. Skop penyelidikan adalah seperti berikut:

a) Cabaran Perdana Malaysia dalam Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE)
b) Melestarikan penyelidikan Bahasa Melayu sebagai asas identiti kebangsaan (sub tema : aspek bahasa/kebudayaan/kesusasteraan Melayu/Tamadun Melayu)
c) Memperkasakan Penyelidikan Pendidikan STEAM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik)
d) Diaspora Melayu
e) Isu Perpaduan
f) Penyelesaian masalah komuniti melalui penyelidikan SULAM ( Service-Learning Malaysia University for Society)

Setiap permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat dan permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian di peringkat UKM.

Pihak IDEA juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Geran Translasi UKM (TR-UKM) secara dalam talian seperti pada ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Februari 2023 (Isnin)
Masa : 2.30 petang (atur cara taklimat dilampirkan)
Pautan : Aplikasi Zoom Meeting

Meeting link : https://tinyurl.com/4uf5dpnn
Meeting ID : 988 0277 5469
Passcode : 99433

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan geran, poster taklimat permohonan, jadual kerja, garis panduan, senarai semak dan dokumen-dokumen berkaitan geran untuk makluman dan rujukan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab, Cik Nurul Nadziffah di talian 03-89118266.

Salam hormat dan terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*