Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan, Pusat IDEA akan menganjurkan Program Pemerkasaan Penyelidik Muda. Siri Bengkel Anjuran Pusat IDEA-UKM dilaksanakan untuk meningkatkan Penyelidikan, Jaringan dan Impak Penyelidik Muda UKM. Sesi pertama bagi Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Februari 2021 (Khamis)
Masa: 9:30 Pagi – 12:30 Tghari
Tempat: Aplikasi Zoom

Penceramah 1:
Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi), UKM
Topik: Harapan UKM Kepada Penyelidik Muda

Penceramah 2:
Prof. Ir. Dr. Sobri Takriff
Pengarah Pusat IDEA, UKM
Topik: Ekosistem Penyelidikan

Penceramah 3:
Prof. Dato’ Dr. Roslan bin Abd. Shukor
Jabatan Fizik Gunaan, FST, UKM
Topik: A Research Journey

Penceramah 4:
Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor
Peneraju Kluster Warisan dan Masyarakat Madani (WMM)
Topik: Personaliti Profesional

Moderator:
Prof. Madya Dr. Zulkefly Abdul Karim
Timbalan Pengarah Pusat IDEA-UKM

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung dengan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*