Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera YBhg. Tan Sri/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pemakluman Pembukaan Permohonan Public Private Research Network (PPRN) atau PPRN 2.0 Fasa Keempat (4) Tahun 2020

  1. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan projek Public Private Research Network (PPRN) atauPPRN 2.0 bagi Fasa Keempat (4) untuk tahun 2020, bermula pada 10 Ogos 2020 sehingga 4 September 2020.
  2.         Proses kerja pembukaanpermohonan PPRN2.0 Fasa Keempat 2020 adalah seperti berikut:

Jadual Proses Kerja PPRN 2.0 Fasa Keempat 2020

1. Tarikh buka : 10 Ogos 2020 (Isnin)
2. Tarikh Tutup Peringkat RMC (INOVASI@UKM™) : 21 Ogos 2020 (Jumaat)
3. Saringan dan semakan di INOVASI@UKM™ : 21 Ogos 2020 (Jumaat) –24 Ogos 2020 (Isnin)
4. Maklumbalas daripada pemohon (sekiranya ada maklumat/dokumen tidak lengkap) : 25 Ogos 2020 (Selasa)  –
5. Sesi Penilaian : 26 Ogos 2020 (Rabu)
6. Maklumbalas daripada pemohon (sekiranya ada maklumat/dokumen yang perlu ditambahbaik) : 1 September 2020 (Selasa)
7. Tarikh hantar ke KPT : 4 September 2020 (Jumaat)
  1. Bersama-sama ini dikemukakan Garis Panduan Pelaksanaan PPRNdan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk rujukan YBhg. Tan Sri/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan.
  2. Borang Permohonan projek PPRN2.0 yang lengkap dalam bentuk softcopy dan hardcopy perlu dikemukakan kepada Urus Setia PPRN di UKM melalui Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™) selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2020 (Jumaat). Borang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Borang permohonan dalam bentuk softcopyperlu dihantar melalui e-mel ke firban@ukm.edu.my / nursuhana@ukm.edu.my dan salinan hardcopy perlu dikemukakan melalui pos/serahan tangan ke Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™).

Kelompok OGOS 2020

  1. PPRN 2.0 Guideline
  2. PPRN 2.0 Application Form

 

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*