Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA dengan kerjasama Kluster Penyelidikan akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Geran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Sekretariat Digital Society Research Grant seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2021 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Platform : Zoom Meeting

Sehubungan dengan itu, pihak Kluster Penyelidikan memohon jasa baik YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengenalpasti seandainya terdapat penyelidik yang berminat untuk memohon dana ini. Program bimbingan yang diadakan ini akan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memantapkan kertas cadangan penyelidikan mereka dan seterunya berpotensi untuk diterima di peringkat pembiaya dana.

Penyelidik yang terpilih untuk mengikut program ini perlulah mengemukakan deraf kertas cadangan penyelidikan untuk dimantapkan semasa program tersebut. Pengesahan kehadiran ke program ini boleh dibuat melalui pautan Google Form seperti pada pautan https://forms.gle/UB8APWU6TLsei5ek7 selewat-lewatnya pada 19 Ogos 2021 (Khamis) jam 4.00 petang untuk tindakan pihak urus setia selanjutnya. Di atas jasa baik dan kerjasama YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*