JEMPUTAN PENYELIDIK UNTUK KE SESI BIMBINGAN DAN PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN GERAN THE SUMITOMO FOUNDATION (GRANT FOR JAPAN-RELATED RESEARCH PROJECTS)

Pusat IDEA dengan kerjasama Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi dan Kluster Teknologi Digital dan Terkehadapan akan menganjurkan Sesi Bimbingan dan Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan Geran The Sumitomo Foundation (Grant for Japan-Related Research Projects) seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 14 Oktober 2021 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang (bergantung kepada jumlah penyertaan)
Platform : Zoom Meeting (pautan akan diberikan kepada peserta selepas pra-pendaftaran)

Sehubungan dengan itu, pihak Kluster Penyelidikan memohon jasa baik YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan untuk mengenalpasti seandainya terdapat penyelidik yang berminat untuk memohon dana ini. Program bimbingan yang diadakan ini akan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memantapkan kertas cadangan penyelidikan mereka dan seterusnya berpotensi untuk diterima di peringkat pembiaya dana.

Penyelidik yang terpilih untuk mengikut program ini perlulah mengemukakan deraf kertas cadangan penyelidikan untuk dimantapkan semasa pembentangan program tersebut. Pengesahan kehadiran ke program ini boleh dibuat melalui pautan Google Form https://forms.gle/EsuK9hseGHjDQ6Mp7 selewat-lewatnya pada 8 Oktober 2021 (Jumaat) jam 4.00 petang.

Terima Kasih

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*