Perjumpaan antara Pusat IDEA UKM dan Institut Sel Fuel (SELFUEL) UKM telah diadakan pada 14 September 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh jaringan penyelidikan bersama industri, pembangunan program penyelidikan berimpak tinggi serta peluasan peluang pendanaan dan pengkomersialan hasil penyelidikan. Perjumpaan ini melibatkan Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Pengarah Pusat IDEA UKM dan Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Binti Kamarudin, Pengarah Institut Sel Fuel (SELFUEL).

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pengalaman SELFUEL dalam membangunkan jaringan dengan pihak industri seperti PETRONAS dan rakan industri yang lain. Perkongsian turut menyentuh pengalaman memperoleh cabaran penyelidikan daripada industri dan seterusnya membangunkan projek penyelidikan berdasarkan keperluan sebenar industri. Pendekatan ini dilihat selari dengan konsep Research After Next (RAN), iaitu penyelidikan yang bersifat berpandangan jauh dan memberi tumpuan kepada keperluan serta cabaran masa hadapan.

SELFUEL dicadangkan untuk membantu Pusat IDEA UKM dalam memperluas jaringan dengan lebih banyak pemain industri. Perbincangan juga menekankan keperluan membangunkan kerjasama yang mampu menghasilkan projek dan dana penyelidikan berskala besar.

Bagi perancangan akan datang, beberapa cadangan telah dibincangkan, antaranya penyertaan dalam program flagship, pengenalpastian tema penyelidikan yang bersesuaian serta penyediaan cadangan bagi mendapatkan peruntukan dan dana yang lebih besar.

Pusat IDEA UKM juga dicadangkan untuk berperanan sebagai penghubung antara penyelidik UKM dengan pihak industri, termasuk membantu mengenal pasti peluang kolaborasi, pendanaan, pengkomersialan dan pemadanan kepakaran. Selain itu, cadangan untuk mengetengahkan pengalaman serta kejayaan kerjasama industri melalui podcast atau platform perkongsian ilmu Pusat IDEA UKM turut dibincangkan.

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*