Pusat IDEA dibawah Kluster Penyelidikan Sumber Lestari, Alam Sekitar dan Kehidupan Pintar akan mengadakan dua program seperti ketetapan yang berikut:

TAKLIMAT GERAN PENYELIDIKAN LEMBAGA TIMAH 2021 BERSAMA JEMPUTAN KHAS DARI LEMBAGA TIMAH
Tarikh : 19 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 10:30 Pagi
Platform : Aplikasi Zoom (Pautan akan diedarkan kemudian)
Panel : Encik Lutfi Hamidee Abd Latif Pengurus Teknikal Lembaga Timah, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

BENGKEL PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN LEMBAGA TIMAH BERSAMA PEMBIMBING UKM
Tarikh : 26 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12:00 Tghari
Platform : Aplikasi Zoom (Pautan akan diedarkan kemudian)

Sukacita sekiranya YBhg. Prof./Datin/Tuan/Puan dapat membantu menghebahkan program ini kepada penyelidik-penyelidik yang berminat serta berpotensi untuk membida geran ini. Taklimat dan bengkel yang diadakan ini akan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memantapkan kertas cadangan penyelidikan mereka dan seterunya berpotensi untuk diterima di peringkat pembiaya dana.
Pengesahan penyertaan boleh dilakukan melalui
pautan https://bit.ly/3rQVsOb

Sila ke Pautan dibawah untuk muat turun maklumat Geran Penyelidikan Lembaga Timah 2021:-

Di atas kerjasama dan jasa baik YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*