Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kluster Transformasi Sosial dan Ekonomi akan mengadakan dua program seperti ketetapan yang berikut:

1) TAKLIMAT GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK PERKESO BERSAMA JEMPUTAN KHAS DARI PERKESO
Tarikh : 18 Februari 2021 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Platform : Aplikasi Zoom (Pautan akan diedarkan kemudian)
Panel : Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari
Ketua Unit Ekonomi, EU-ERA (PERKESO)

2) BENGKEL PEMANTAPAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK PERKESO BERSAMA PEMBIMBING UKM
Tarikh : 22 Februari 2021 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Platform : Aplikasi Zoom (Pautan akan diedarkan kemudian)

Sukacita sekiranya YBhg. Prof./Datin/Tuan/Puan dapat membantu menghebahkan program ini kepada penyelidik-penyelidik yang berminat serta berpotensi untuk membida geran ini. Taklimat dan bengkel yang diadakan ini akan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memantapkan kertas cadangan penyelidikan mereka dan seterunya berpotensi untuk diterima di peringkat pembiaya dana. Pengesahan penyertaan boleh dilakukan melalui pautan https://forms.gle/twssXzQCTrKhByu56

Sila ke Pautan https://research.ukm.my/pembukaan-tawaran-geran-penyelidikan-jangka-pendek-perkeso-tahun-2021/ untuk maklumat Geran Penyelidikan Jangka Pendek Perkeso 2021

Di atas kerjasama dan jasa baik YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih

 

[siteorigin_widget class=”WP_Widget_Media_Image”][/siteorigin_widget]
[siteorigin_widget class=”WP_Widget_Media_Image”][/siteorigin_widget]

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*