Jurnal Kejuruteraan

 Journal of Engineering

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

Amiruddin Ismail, Shazrizil Zakaria

Corresponding author (email) : shazrizil@yahoo.com.my

Abstract

Cycling is suitable for short trips and take shorter commute time for students who are living in the campus. Moreover, itrequires lower costs and can reduce environmental pollution. However, cycling in campus is not well received by the students.This is due to certain factors such as hilly terrain, uncertain weather, and also the exposure to road traffi c accidents. Asurvey had been conducted in UKM Bangi campus to identify the factors that can infl uence students to choose cycling asthe main choice of transport. Surveys were targeted to 170 respondents from the students in the campus. Two bicycle shiftmodels were developed based on travel distance of non-hilly terrain and travel distance if covered lane provided. 76.5%of the respondent agreed that hilly terrain makes bicycle is not an option inside campus while 79.4% believe that theweather condition makes them not to choose bicycle. From both model, it is seen that the probability to shift to bicycle isincreased as the travel distance increases if the terrain is not hilly and if there is covered lane provided. Overall, the study is a success and might be useful for future research on sustainable transportation system in campus.

Keywords : Bicycle modal shift; sustainable transportation system

Abstrak

Mod berbasikal adalah sesuai untuk perjalanan jarak dekat dan mengambil masa yang singkat bagi pengguna yang tertumpu di dalam kawasan kampus. Selain itu, ia tidak menelan kos yang banyak dan berupaya mengurangkan pencemaran alam sekitar. Namun demikian, penggunaan basikal di kawasan kampus tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Hal ini adalah disebabkan faktor-faktor tertentu seperti bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, keadaan cuaca, dan juga risiko terdedah dengan kemalangan jalan raya. Satu kajian soal selidik telah dijalankan di kampus UKM Bangi untukmengenal pasti faktor yang boleh mempengaruhi pilihan berbasikal di kampus. Soal selidik disasarkan kepada 170 pelajar di dalam kampus. Dua buah model anjakan berbasikal telah dibangunkan berdasarkan jarak perjalanan laluan tidak berbukit dan jarak perjalanan jika laluan berbumbung disediakan. 76.5% responden bersetuju bahawa bentuk muka bumi yang berbukit menghalang mereka memilih basikal manakala 79.4% responden pula percaya bahawa cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan mereka tidak memilih berbasikal. Daripada kedua-dua model yang dihasilkan, kebarangkalian untuk beranjak kepada berbasikal meningkat pada jarak yang semakin meningkat. Secara keseluruhannya, kajian ini telahmencapai objektifnya dan berguna untuk kajian sistem pengangkutan lestari kampus pada masa akan datang.

Kata kunci: Mod anjakan berbasikal; sistem pengangkutan lestari

Download Full Paper