Kolej Kediaman Tun Syed Nasir

Fakta Pantas

Pada awal penubuhan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), kolej ini telah menggunakan nama bersempena nama Tun Dr. Ismail bin Dato Hj. Abdul Rahman yang telah banyak menyumbang serta menabur bakti kepada tanah air. Kolej ini telah mula di bina pada bulan Ogos 1978 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Jun 1982. 

Kolej ini mampu menampung seramai 1 279 orang pelajar dengan kemudahan dewan serbaguna yang dapat menampung seramai 1 200 orang dalam satu-satu masa. Kolej ini mempunyai 9 blok asrama dari blok A, B, C, D, E, F, G, H & J dan pangsarama Blok 6.

Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.

Kehidupan Di Kolej

Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.

Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.

 

 

Kemudahan

  1. Wifi
  2. Bilik Perbincangan
  3. Perpustakaan Mini
  4. Dobi Layan Diri
  5. Kafeteria
  6. Surau
  7. Kemudahan Sukan
  8. Dewan Tun Syed Nasir
  9. K-Shop
  10. Pusat Sumber
  11. Padang
  12. Gimnasium
  13. Bilik PBSM
  14. Bilik Kebudayaan
  15. Gelanggang Squash

Mendaftar Masuk

  1. Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
  2. Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
  3. Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
  4. Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
    • Kunci bilik;
    • Borang inventori kemudahan asas bilik;
    • Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
  5. Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.

Rumah Tamu

Kolej Tun Syed Nasir menawarkan 3 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.

Jenis Rumah Tamu:

Eksekutif 1– RM250.00/semalam
Eksekutif 2 – RM120.00/semalam
Eksekutif 3  – RM125.00/semalam

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti penghawa dingin, cerek elektrik, peti sejuk mini, televisyen, seterika, pemanas air, WiFi dan sejadah.

Asrama

Pangsasiswa

Pangsarama

Rumah Tamu

Kadar bilik

Pelajar TempatanPelajar Antarabangsa
Prasiswazah
Asrama – RM3.50/hari
Pangsasiswa – RM5.00/hari
Pangsarama – RM5.00/hari
Prasiswazah
Asrama – RM7.00/hari
Pangsasiswa – RM8.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Asrama – RM6.00/hari
Pangsasiswa – RM7.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Pangsasiswa – RM12.00/hari
Pangsarama – RM11.00/hari

Cara memohon

  1. Syarat Mendapatkan Penginapan:
    • Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
  2. Cara Menempah Bilik Penginapan
    • Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
    • appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
    • appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar

Garis Panduan Kolej Kediaman

Like & Follow Sosial Media Kolej Kediaman

Waktu Operasi
Isnin – Khamis 
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

 

Kolej Kediaman Tun Syed Nasir
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Temerloh
52300 Kuala Lumpur

Tel: +603 92895131

Scroll to Top