Search

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dengan Kepujian #

RINGKASAN PROGRAM

Pada dua tahun pertama tempoh pengajian, iaitu Tahun 1 dan Tahun 2, tempoh ini merupakan tempoh bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas para pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik melalui subjek-subjek teras yang berkaitan dengan teori litar, elektronik analog, elektronik digital, gelombang elektromagnet serta rekabentuk berbantukan komputer.

Walau bagaimana pun, untuk 2 tahun seterusnya, bermula pada Tahun ke 3 pengajian, program pengajian menjadi lebih menjurus kepada EMPAT TREK pengkhususan di mana para pelajar bebas untuk memilih trek mengikut minat masing-masing iaitu: i) Elektrik Kuasa, ii) Komputer dan Kawalan iii) Telekomunikasi dan iv) Mikroelektronik

Berdasarkan trek tersebut, pelajar dapat menentukan bidang yang ingin diceburi dan seterusnya dapat mempelajari kursus-kursus yang lebih menjurus kepada bidang masing-masing.

Selain itu, subjek asas berkaitan matematik, fizik, kemahiran insaniah dan keusahawanan juga akan diterapkan sepanjang program bagi melahirkan pelajar yang beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif.

Syarat Kemasukan

Sijil Perakuan APEL.A Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan;

dan

Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

MUET Band 3.0

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

 1,200

 340

 700

 2,240

 1,040

9,520

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

LMCK1621 Etika dan Profesional (C1)
LMCE1062 Academic Interactions (MUET Band 3) (C2)
LMCE1072 Academic Literacy (MUET Band 4) (C2)
LMCE1082 Page to Stage (MUET Band 5 & 6) (C2)
KKKQ1123 Matematik Kejuruteraan I (Kalkulus Vektor)
KKEE1133 Fizik Untuk Jurutera
KKEE1113 Teori Litar I
KKEE1103 Kejuruteraan Berbantukan Komputer (C5)
LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi
LMCXXXX2 Kursus Luar Fakulti (C6)
LMCXXXX2 Kursus Luar Fakulti (C6)
KKKQ1223 Matematik Kejuruteraan II (Aljabar Linear)
KKEE1123 Teori Litar II
KKEE1163 Bahasa Pengaturcaraan
KKEE1142 Makmal Elektrik & Elektronik I

LMCW2153 Penghayatan Etika & Peradaban
LMCE2082 Pro Talk English (MUET Band 3) (C2)
LMCE2092 Speak to Persuade (MUET Band 4) (C2)
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6) (C2)
KKKQ2123 Matematik Kejuruteraan III (Persamaan Kebezaan)
KKEE2123 Isyarat dan Sistem
KKEE2152 Makmal Elektrik & Elektronik II
KKEE2173 Elektronik Analog
KKKE2103 Pembelajaran Mesin (C3)
LMCW2143 Falsafah & Isu Semasa
KKEE2133 Medan & Gelombang Elektromagnet
KKEE2163 Elektronik Digit
KKEE2141 Makmal Elektronik Digit
KKEE2183 Teori Komunikasi
KKEE2113 Peranti Semikonduktor

KKKF3283 Etika Kejuruteraan dan Perkembangan Teknologi (C1)
KKKQ3123 Statistik dan Pengiraan Berangka
KKEE3113 Pengukuran dan Instrumentasi
KKEE3143 Mikropemproses dan Mikrokomputer
KKEE3123 Kejuruteraan Kawalan
KKKF3103 Pengurusan Projek
KKEE3153 Rekabentuk Sistem
KKEE3163 Pemprosesan Isyarat Digit
KKEE3133 Analisis dan Sistem Kuasa
KKEE3103 Optoelektronik
KKEC3103 Pengaturcaraan Berasaskan Objek
KKEC3113 Sistem Terbenam
KKET3103 Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer
KKET3113 Kejuruteraan Gelombang Mikro
KKEM3103 Teknologi Pembuatan Litar Bersepadu
KKKF3066 Latihan Industri (Intersession)

LMCE3061 Corporate Storytelling (MUET Band 3) (C2)
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4) (C2)
KKEE4142 Projek Ilmiah I
KKEE4113 Elektronik Kuasa
KKEE4103 Mesin Elektrik, Pemacu dan Aplikasi
KKEC4103 Rekabentuk Sistem Kawalan
KKEC4113 Pemprosesan Imej Digital
KKET4103 Antena dan Litar Berfrekuensi Tinggi
KKET4113 Rangkaian dan Keselamatan
KKEM4103 Rekabentuk VLSI
KKEM4113 Teknologi Peranti Termaju
KKEM4123 Keboleharapan dan Pencirian Litar Bersepadu
KKEM4133 Teknologi Fotonik
KKEE4154 Projek Ilmiah II
KKEE4123 Ekonomi Kejuruteraan dan Perakaunan Kos (C4)
KKEE4133 Penjanaan Kuasa Elektrik, Penggunaan dan Voltan Tinggi
KKEC4123 Kualiti dan Perlindungan Sistem Kuasa
KKEC4133 Bioisyarat dan Analisis
KKEC4143 Sistem Kawalan Pintar
KKEC4153 Perkomputeran Selari
KKET4123 Sistem Komunikasi Optik
KKET4133 Komunikasi Radio dan Satelit
KKEM4143 Mikropemesinan Transduser
KKEM4153 Rekabentuk Litar Bersepadu Analog CMOS
KKEM4163 Sensor Termaju untuk Sistem Pintar

Kenali Fakulti

Sebagai salah satu universiti terbaik di Malaysia, jabatan ini memberi penekanan besar pada pengalaman pembelajaran yang menarik dan mengubah hidup bagi setiap pelajar, yang dipenuhi dengan peluang untuk mencabar keberkesanan diri, transformasi minda kelas dunia, dan pengalaman sosial dalam persekitaran akademik yang ideal.

Untuk mencapai matlamat itu, terdapat pelbagai peluang diberikan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum, ko-kurikulum, dan organisasi pelajar. Aktiviti-aktiviti ini akan memberi pengalaman kepada pelajar dalam mengasah bakat kepemimpinan, komunikasi yang berkesan, kemahiran kerja berpasukan serta melakukan aktiviti tanggungjawab sosial.

Maklumat Fakulti

Kampus : Bangi, Selangor
Fakulti : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Ijazah : Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dengan Kepujian #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: +603-8911 8005 / 8001
Faka: +603-8925 2546
Emel: fasyasulaiman@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/jurutera

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik