Search
Close this search box.

Panduan Pelajar

Panduan Pelajar Antarabangsa

UKM merupakan sebuah universiti komprehensif yang menawarkan begitu banyak kursus dan pilihan program meliputi pelbagai disiplin bagi meningkatkan pengalaman pelajar pascasiswazah di di UKM. Pelajar UKM akan memperoleh pengetahuan mendalam dan menyeluruh serta mendapat kemahiran yang boleh diaplikasi dalam pelbagai keadaan. Bersama dengan ahli fakulti dengan kecemerlangan penyelidikan dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa, anda akan dapat membina jaringan penyelidikan bersama rakan dari seluruh dunia merentasi pelbagai disiplin ilmu. Jaringan kolaborasi antarabangsa ini juga memberi anda peluang mengikuti pengajian di tahap yang lebih tinggi dengan penganugerahan ijazah secara bersama oleh UKM dan rakan kongsi universiti di peringkat antarabangsa.

Surat Kelulusan Visa
Pelajar antarabangsa perlu memohon untuk mendapatkan Surat Kelulusan Visa (VAL) melalui email val@ukm.edu.my setelah menerima surat tawaran daripada UKM. Pelajar dinasihatkan supaya memohon VAL 6-8 minggu sebelum tarikh pendaftaran.

Permohonan Pas Pelajar Baharu

  1.  Setelah pelajar menerima VAL, sila ke Kedutaan Malaysia seperti yang dinyatakan dalam VAL untuk permohonan Single Entry Visa (SEV).
  2. Pelajar boleh membuat persiapan untuk berangkat ke Malaysia selepas menerima SEV.
  3. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia akan menurunkan cop "Journey Performed" pada SEV anda sewaktu di pintu masuk, dan mengeluarkan pas istimewa untuk tempoh 30 hari apabila anda menunjukkan bukti surat tawaran, VAL dan SEV.
  4. Pelajar perlu ke pusat kesihatan universiti untuk melakukan pemeriksaan perubatan dalam masa 7 hari selepas ketibaan di Malaysia. Seterusnya, pelajar perlu menyerahkan pasport  untuk mendapat stiker pas pelajar ke Bahagian Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa, Tingkat 7, Bangunan PUSANIKA, UKM dalam masa 21 hari selepas tarikh ketibaan. 

 

Permohonan Pembaharuan Pas Pelajar
Para pelajar dinasihatkan untuk menghantar permohonan pembaharuan pas pelajar 3 bulan sebelum pas tamat tempoh. Kelewatan proses memperbaharui pas boleh menyebabkan pelajar perlu memohon pas istimewa* dan dikenakan bayaran tambahan. Pelajar hanya boleh menghantar pasport untuk pembaharuan pas sekiranya tarikh luput pas pelajar adalah kurang dari 2 bulan. 

Permohonan Pertukaran Pas Pelajar

  1. Pelajar harus memastikan bahawa pasport mereka mempunyai tempoh sah lebih daripada 13 bulan sebelum membuat permohonan pembaharuan pas pelajar. Pelajar diminta agar memanjangkan atau memperbaharui pasport terlebih dahulu jika tempoh sah pasport kurang daripada 13 bulan.
  2. Setelah pasport baru dikeluarkan oleh pihak kedutaan, pelajar mesti melalui proses pertukaran pas pelajar semasa dari pasport lama ke pasport baru.
  3. Sekiranya pasport pelajar rosak/hilang, pelajar diminta agar mendapatkan pasport yang baru daripada pihak kedutaan masing-masing. 

Permohonan Pembatalan Pas Pelajar

  1. Pelajar diminta agar membuat pembatalan pas dan pulang ke negara asal atas sebab penangguhan pendaftaran/ penamatan / menarik diri sebagai pelajar UKM. Kegagalan membatalkan pas pelajar atas sebab penangguhan / penamatan / tarik diri akan mengakibatkan masalah permohonan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia pada masa akan datang. 

Kebiasaannya, sebuah 'kampus' merujuk kepada sesebuah institusi atau organisasi. Di UKM, ia adalah cara hidup pelajar. Terokai lebih lanjut

Kos sara hidup di Malaysia adalah berpatutan, terpulang pada gaya hidup dan kawasan yang anda pilih untuk tinggal. Bagi pelajar universiti, selain daripada yuran pengajian, terdapat beberapa faktor lain yang perlu diberi pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk belajar di Malaysia. Ianya bergantung kepada kawasan yang anda pilih sebagai tempat tinggal. Sebagai contoh, kos sara hidup sekiranya anda menetap di tengah bandar Kuala Lumpur adalah lebih tinggi berbanding jika anda menetap di Bangi. Jadual di bawah adalah panduan secara umum.

Kos Sara Hidup

Bangi

Kuala Lumpur

Sewa pangsapuri

RM1000 – RM1500

RM1000 – RM2000

Bayaran bil kemudahan

RM300

RM400

Keperluan barangan runcit / makanan / makan di luar

RM300

RM400

Perbelanjaan peribadi / baju / buku

RM300

RM400

Pengangkutan

RM200

RM300

Kuala Lumpur adalah bandar yang penuh dengan tarikan pelancong. Pelancong tertarik dengan bandar ini yang menawarkan pelbagai aktiviti dan tempat-tempat yang menarik. Tempat-tempat yang terkenal termasuk Menara Berkembar Petronas dan Menara KL, pusat membeli-belah eksklusif di Bukit Bintang, dan taman tasik yang indah untuk sesiapa yang perlu beristirahat – Perdana Botanical Gardens. Bandar Cheras juga terkenal sebagai destinasi makanan dengan pelbagai kedai makan dan trak makanan bergemerlapan pada waktu malam. Pelajar di Kampus UKM di Jalan Raja Muda Abdul Aziz boleh mencari makanan yang lazat di sekitar Kampung Baru. Pelajar yang berada di Bangi dapat menikmati pusat tarikan seperti Taman Tasik Cempaka dan IOI City Mall untuk meluangkan masa Bersama rakan-rakan.



Majlis Konvokesyen UKM