Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Audiologi) #

RINGKASAN PROGRAM

Program Audiologi ditubuhkan dengan matlamat untuk menghasilkan para graduan dan profesional dalam bidang Audiologi, yang terlibat secara langsung dalam pencegahan, penilaian, pemulihan dan pengurusan pesakit atau kelayan kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah pendengaran dan/atau keseimbangan tubuh.  UKM telah menjadi pelopor di rantau Asia Tenggara dengan penawaran Ijazah Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) pada tahun 1995. Program ini diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Malaysia dan memenuhi piawaian antarabangsa yang diperlukan.

Semua para pensyarah dan pegawai klinisyen di Program Audiologi mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas, bukan sahaja dalam bidang Audiologi secara umum, tetapi juga sub-kepakaran Audiologi. Sepanjang tempoh pengajian selama 4 tahun, para graduan akan diberikan pendedahan secara langsung atau tidak langsung dalam memperolehi dan mendalami kursus-kursus berkaitan Audiologi dan juga praktikal klinikal.  Ini bagi menyediakan para graduan dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi sebelum bergraduat. Selain menjalankan praktikum klinikal di Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan UKM, para graduan turut dihantar untuk menjalani praktikum klinikal di hospital-hospital awam dan juga pusat alat bantu dengar persendirian. Bagi memastikan para graduan bersifat holistik, mereka juga diwajibkan untuk menjalankan projek penyelidikan pada tahun akhir pengajian. 

Program Audiologi UKM telah menghasilkan para graduan yang berdaya saing dan kompetitif dan merupakan pelopor kepada bidang ini di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNPD1013 Fisiologi Manusia
NNPD1032 Anatomi Manusia
NNNA1032 Akustik
NNNS1232 Linguistik Asas
NNNS1612 Pengenalan Kepada Kecelaruan Komunikasi
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNNA1043 Anatomi Dan Fisiologi Untuk Pendengaran Dan Pertuturan
NNNA1263 Psikologi Perkembangan
NNNS1243 Fonetik Instrumental
NNNS1242 Perkembangan Bahasa I
NNBB1042 Asas Inovasi Dalam Sains Kesihatan
LMCE1062 Academic Interactions (MUET Band 3)
LMCE1072 Academic Literacy (MUET Band 4)
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Asas Keusahawanan Dan Inovasi

Semester I

NNNA2013 Teknik Saringan Dan Diagnostik Asas Audiologi
NNNA2072 Pediatrik Untuk Sains Rehabilitasi
NNNA2252 Peralatan Audiologi
NNNA2432 Psikoakustik
NNNA2272 Otologi
NNNS2652 Perkembangan Bahasa II
NNBB2112 Bahasa Isyarat*
NNBB2132 Bahasa Mandarin Peringkat Asas*
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester II

NNPD1022 Sains Tingkahlaku
NNNA2024 Teknik Audiologi Lanjutan Dan Orientasi Klinik
NNNS2022 Isu-Isu Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan
Khas
NNNS2042 Neurologi Untuk Sains Rehabilitasi
NNBB2122 Penulisan Akademik
NNBB2222 Rehabilitasi Dalam Komuniti
LMCE2082 Pro Talk English (Muet Band 3) 
LMCE2092 Speak To Persuade (Muet Band 4) 
LMCE2103 Advanced Communication Project (Muet Band 5 & 6)
LMCW2163 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Semester III

NNBB2432 Projek Komuniti

Semester I

NNPD3013 Biostatistik
NNNA3214 Klinik Audiologi I
NNNA3433 Rehabilitasi Aural
NNNA3633 Audiologi Pediatrik
NNNA3653 Amplifikasi Auditori
NNBB3132 Kepelbagaian Budaya
NNBB3212 Kaunseling Untuk Sains Rehabilitasi
LMCE3061 Corporate Storytelling (MUET Band 3)
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)

Semester II

NNPD3223 Kaedah Penyelidikan
NNNA3224 Klinik Audiologi II
NNNA3263 Ujian Elektrofisiologi
NNNA3663 Amplifikasi Auditori Lanjutan
NNNA3823 Pemuliharaan Pendengaran

Semester III

NNNA3453 Penempatan Industri Audiologi

Semester I

NNNA4072 Diagnosis Dan Rehabilitasi Vestibular
NNNA4213 Projek Penyelidikan I
NNNA4232 Topik Khusus Audiologi I
NNNA4416 Klinik Audiologi III
NNBB4212 Kesepakatan Dengan Keluarga Dalam Rehabilitasi

Semester II

NNNA4042 Isu-Isu Profesional
NNNA4225 Projek Penyelidikan II
NNNA4242 Topik Khusus Audiologi II
NNNA4426 Klinik Audiologi IV

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Audiologi) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik