Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Dietetik) #

RINGKASAN PROGRAM

Universiti Kebangsaan Malaysia adalah universiti pertama di Malaysia yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) di Malaysia dan telah menghasilkan ramai pakar diet yang berkaliber tinggi sejak tahun 1988. Dietetik merujuk kepada penerapan terapi pemakanan berdasarkan status kesihatan individu atau kumpulan. Ia adalah bidang multidisiplin yang memberikan pemahaman mengenai pengambilan makanan, pengaruhnya terhadap kesihatan dan amalan diet klinikal.

Program ini bermula dengan pembentukan asas yang kuat terhadap kesihatan dan pemakanan dan kemudian memberi tumpuan kepada amalan diet pesakit. Kurikulum dietetik dirancang dengan kursus asas seperti anatomi, biokimia, fisiologi dan kursus yang berkaitan dengan bidang dietetik seperti terapi pemakanan perubatan, proses penjagaan pemakanan, perkhidmatan makanan dan dietetik komuniti. Sebagai universiti penyelidikan, pelajar dietetik UKM juga akan berpeluang melakukan penyelidikan yang berimpak dan membentuk garispanduan amalan dietetik berasaskan pembuktian.

Pendedahan dan penekanan juga diberikan kepada latihan klinikal di hospital didalam situasi pesakit luar dan pesakit dalam wad untuk menghasilkan graduan yang mahir dan kompeten dalam mengendalikan kes klinikal.

Program ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan cekap dalam memberikan perkhidmatan dietetik dan melakukan penyelidikan yang berimpak dengan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi terkini serta persekitaran kerja kebangsaan atau antarabangsa. Pelajar juga akan menilai perbezaan dari perspektif global dan budaya melalui kursus dan pengalaman etika dan profesionalisme. Mereka akan menjadi aset sama ada sebagai ahli atau ketua pasukan dan bekerja dengan baik dalam persekitaran pelbagai disiplin serta dapat menunjukkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNPD1013 Fisiologi Manusia
NNPD1032 Anatomi Manusia
NNND1012 Pemakanan Dan Kesihatan
NNND1112 Asas Kimia Makanan
NNND1232 Pengurusan Organisasi
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR1412 Pengurusan Program Berimpak

Semester II

NNPD1022 Sains Tingkahlaku
NNND1022 Asas Sains Makanan
NNND1024 Prinsip Penyediaan Makanan
NNND1222 Pemaknan Sepanjang Hayat
NNND1223 Pemakanan Dan Metabolisme
LMCE1062 Academic Interactions (MUET Band 3) 
LMCE1072 Academic Literacy (MUET Band 4) 
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi

 

Semester I

NNND2093 Penilaian Status Pemakanan
NNND2213 Asas Terapi Pemakanan Perubatan
NNND2234 Biokimia Klinikal
NNND2413 Pengurusan Katering
LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
NNND2122 Aerobik dan Kecergasan

Semester II

NNND2044 Aplikasi Terapi Pemakanan Perubatan I
NNND2223 Analisis Komposisi Makanan
NNND2262 Kaunseling
NNND2122 Masakan Multietnik Dan Etiket
NNCC2022 Kemahiran Interpersenal Dan Profesional
NNNR2122 Pertolongan Cemas Dan Resusitasi Kardiopulmonari
LMCE2082 Pro Talk English (MUET Band 3) /
LMCE2092 Speak To Persuade (MUET Band 4) /
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2173 Hubungan Etnik
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Semester I

NNPD3013 Biostatistik
NNND3014 Aplikasi Terapi Pemakanan Perubatan II
NNND3033 Pemakanan Lanjutan
NNND3072 Penyelidikan Dietetik I
NNND3253 Pendidikan Pesakit
NNND3293 Pemakanan Sukan Klinikal Dan Aktiviti Fizikal
LMCE3061 Corporate Storytelling (MUET Band 3) 
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)

Semester II

NNND3062 Proses Jagaan Pemakanan
NNND3064 Dietetik Komuniti
NNND3463 Penyelidikan Dietetik II
NNND3042 Sosiologi Dan Antropologi Pemakanan
CMIE2013 Asas Usahaniaga Asas I

Semester III

NNND3224 Latihan Industri Katering

Semester I

NNND4012 Amalan Profesional Dietetik
NNND4016 Dietetik Klinikal Dalam Wad I
NNND4816 Dietetik Klinikal Pesakit Luar I

Semester II

NNND4025 Dietetik Klinikal Dalam Wad II
NNND4845 Dietetik Klinikal Pesakit Luar II
NNND4225 Dietetik Klinikal Unit Khas

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Dietetik) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik