Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Optometri) #

RINGKASAN PROGRAM

Optometri adalah satu bidang yang melibatkan pemeriksaan dan pengurusan masalah penglihatan dan penyakit mata untuk memulihkan fungsi visual dan mengekalkan kesihatan mata. Program Optometri dan Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan UKM menawarkan ijazah yang diiktiraf oleh badan professional di Malaysia. Tempoh pengajian adalah sekurang-kurangnya empat tahun atau lapan semester. Pada tahun pertama dan kedua, pembelajaran merangkumi kursus asas dalam kesihatan mata dan penglihatan, penyakit mata, optik penglihatan dan prosedur dalam klinik optometri. Pembelajaran beralih dari teori ke aplikasi klinikal optometri pada dua tahun berikutnya. Pengajaran klinikal merangkumi klinik optometri primer, klinik kanta lekap dan klinik pengkhususan iaitu klinik penglihatan binokular, klinik pediatrik dan klinik penglihatan terhad. Pelajar akan menjalankan sangkutan klinikal di Klinik Optometri UKM, hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital swasta. Pelajar juga berpeluang menjalankan latihan industri di dalam dan luar negara. Dengan ini pelajar bersedia untuk bekerja dalam pelbagai bentuk praktis optometri seperti hospital, praktis optometri persendirian, industri kanta oftalmik dan industri kanta lekap.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNPD1013 Fisiologi Manusia
NNPD1032 Anatomi Manusia
NNNV1053 Optik Untuk Optometri
NNNV1033 Biokimia Perubatan
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNPD1022 Sains Tingkahlaku
NNNV1242 Mikrobiologi & Immunologi
NNNV1243 Optik Penglihatan
NNNV1263 Anatomi & Fisiologi Okular
NNNX2**2 Elektif Bebas
LMCE1062 / Academic Interactions (MUET Band 3) /
LMCE1072 / Academic Literacy (MUET Band 4) /
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi

 

Semester I

NNNV2292 Patologi Asas
NNNV2412 Kanta Oftalmik I
NNNV2433 Kaedah Klinik Primer I
NNNV2452 Kaedah Klinik Primer II
NNNV2672 Optik Instrumentasi
LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Semester II

NNNV2422 Kanta Oftalmik II
NNNV2463 Persepsi Penglihatan
NNNV2483 Farmakologi Am
NNNV2623 Kaedah Klinik Primer III
NNNV2642 KAEDAH KLINIK PRIMER IV
NNNV2662 PENGLIHATAN BINOKULAR
NNCC2022 KEMAHIRAN PROFESIONAL DAN INTERPERSONAL
LMCE2082 / Pro Talk English (MUET Band 3) /
LMCE2092 / Speak To Persuade (MUET Band 4) /
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester I

NNPD3013 Biostatistik
NNNV3232 Farmakologi Okular
NNNV3252 Gangguan Binokular
NNNV3432 Penyakit Okular
NNNV3452 Kaedah Klinik Primer V
NNNV3472 Kaedah Klinik Primer VI
NNNV3612 Kanta Sentuh I
NNNV3812 Dispensing Oftalmik
LMCE3061 / Corporate Storytelling (MUET Band 3) /
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)

Semester II

NNPD3223 Kaedah Penyelidikan
NNNV3282 Klinik Khas I
NNNV3412 Latihan Amali Optometri
NNNV3283 Klinik Optometri Primer I
NNNV3622 Kanta Sentuh II
NNNV3822 Penglihatan Terhad
NNNV3842 Optometri Sekitaran
NNNV3863 Optometri Pediatrik & Strabismus

Semester I

NNNV4014 Klinik Optometri Primer II
NNNV4032 Diagnosis & Rawatan Refraktif
NNNV4052 Pengurusan Praktis Optometri
NNNV4053 Projek Penyelidikan I
NNNV4213 Klinik Kanta Sentuh I
NNNV4233 Klinik Khas II

Semester II

NNNV4024 Klinik Optometri Primer III
NNNV4063 Projek Penyelidikan II
NNNV4223 Klinik Kanta Sentuh II
NNNV4262 Diagnosis Differensial Optometri
NNNV4463 Klinik Khas III
CMIE2013 Usahaniaga Asas I

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Optometri) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik