Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi) #

RINGKASAN PROGRAM

Pengimejan Diagnostik dan Radiotherapi merangkumi pelbagai bidang  termasuk teknik pengimejan, diagnosis penyakit dan rawatan barah secara radioterapi. Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dengan Kepujian adalah ijazah empat tahun dengan dua disiplin; pengimejan diagnostik dan radioterapi. Di mana, pengimejan diagnostik adalah amalan mendapatkan imej perubatan pesakit menggunakan pelbagai kaedah pengimejan untuk mengesahkan atau menentukan diagnosis perubatan, untuk memantau perkembangan pesakit, atau memberikan maklumat pemeriksaan perubatan. Radioterapi pula adalah pemberian rawatan radiasi dengan menggunakan pelbagai kaedah terapi sebagai sebahagian daripada rawatan barah utama. Bidang radioterapi menggabungkan perancangan rawatan, simulasi, dosimetri dan pengurusan rawatan pesakit. Kedua-dua bidang ini memerlukan gabungan kepakaran teknikal dan saintifik dan yang paling penting adalah minat untuk bekerja dengan pesakit.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNPD1013 Fisiologi Manusia
NNNR1053 Fizik
NNNR1232 Anatomi Klinikal I
NNNR1072 Prinsip Pengimejan
NNNR1073 Etika & Penjagaan Pesakit
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNNR1063 Radiografi Am I
NNNR1083 Fizik Dan Keselamatan Sinaran
NNNR1223 Instrumentasi Radioterapi
NNNR1082 Anatomi Klinikal II
LMCE1062 Academic Interactions (MUET Band 3)
LMCE1072 Academic Literacy (MUET Band 4)
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi

Semester III

NNNR1212 Radiobiologi

Semester I

NNNR2652 Patologi
NNNR2013 Onkologi
NNNR2213 Radiografi Am II
NNNR2612 Amalan Klinikal Pengimejan Diagnostik I
NNNR2632 Amalan Klinikal Radioterapi I
LMCE3061 Corporate Storytelling (MUET Band 3)
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester II

NNNR2063 Perancangan Rawatan Radioterapi
NNNR2662 Radiografi Khusus
NNNR2822 Amalan Klinikal Pengimejan Diagnostik II
NNNR2842 Amalan Klinikal Radioterapi II
NNNR2083 Instrumentasi Pengimejan
NNNR2122 Pertolongan Cemas & Resusitasi Kardiopulmonari
LMCE2082 Pro Talk English (MUET Band 3) 
LMCE2092 Speak To Persuade (MUET Band 4) 
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2163 Tamadun Islam & Tamadun Asia
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Semester III

NNNR2053 Prosedur Radioterapi I

Semester I

NNNR3213 Amalan Klinikal Pengimejan Diagnostik III
NNNR3233 Amalan Klinikal Radioterapi III
NNNR3253 Prosedur Radioterapi II
NNNR3273 Radiografi Berkontras
NNNR3292 Pengimejan Ultrabunyi
NNNR3412 Pengimejan Radionuklid
NNNR3054 Tomografi Berkomputer

Semester II

NNNR3223 Amalan Klinikal Pengimejan Doagnostik IV
NNNR3243 Amalan Klinikal Radioterapi IV
NNNR3263 Prosedur Radioterapi III
NNNR3224 Pengimejan Resonans Magnet
XXXX___2 Elektif*
XXXX___2 Elektif*
XXXX 2 Elektif**

Semester III

NNNR3024 Latihan Klinikal

 

Semester I

NNNR4015 Amalan Klinikal Pengimejan Diagnostik V
NNNR4035 Amalan Klinikal Radioterapi V
NNNR4014 Penyelidikan I
NNNR4212 Pemprosesan Imej Digital
XXXX 2 Elektif**
XXXX 2 Elektif**

Semester II

NNNR4064 Penyelidikan II
NNNR4025 Amalan Klinikal Pengimejan Diagnostik IV
NNNR4045 Amalan Klinikal Radioterapi VI
NNNR4062 Pengimejan Perbandingan
NNNR4082 Radioterapi Perbandingan

 

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik