Search
Program Yang Ditawarkan

Dalam Program Sarjana Pendidikan terdapat beberapa pengkhususan yang boleh diikuti oleh calon tertakluk kepada syarat-syarat penerimaan masuk. Pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Kurikulum dan Pedagogi
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Ekonomi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Komputer
  • Pendidikan Matematik
  • Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pendidikan Sains
  • Pendidikan Sejarah
  • Pengukuran dan Penilaian
  • Pengurusan Sukan
  • Pentadbiran Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Sumber dan Teknologi Maklumat

Mod Pengajian:
Program B: Mod Campuran (Kerja Kursus & Penyelidikan)
Program C: Kerja Kursus

Bentuk pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa
*Kuliah: Pada hari bekerja dan waktu pejabat (termasuk separuh masa)

Program ini dijalankan secara penulisan tesis sahaja. Sepanjang tempoh pengajian, calon akan dibimbing oleh tenaga pengajar Fakulti, iaitu sama ada selaku Penyelia Utama. Pengkhususan-pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Kurikulum dan Pedagogi
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Ekonomi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Komputer
  • Pendidikan Matematik
  • Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  • Pendidikan Prasekolah
  • Pendidikan Sains
  • Pendidikan Sejarah
  • Pengukuran dan Penilaian
  • Pengurusan Sukan
  • Pentadbiran Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Sumber dan Teknologi Maklumat

Mod Pengajian: Penyelidikan

Bentuk pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa
*Kuliah: Pada hari bekerja dan waktu pejabat (termasuk separuh masa)

PROGRAM PENDIDIKAN

Fakulti Pendidikan

RINGKASAN PROGRAM

Dalam program Sarjana Pendidikan terdapat beberapa pengkhususan yang boleh diikuti oleh calon tertakluk kepada syarat-syarat penerimaan masuk. Pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Kurikulum dan Pedagogi
  2. Pendidikan Bahasa Melayu
  3. Pendidikan Islam
  4. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  5. Pendidikan Matematik
  6. Pendidikan Komputer
  7. Pendidikan Sains
  8. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  9. Pengukuran dan Penilaian
  10. Pengurusan Sukan
  11. Pentadbiran Pendidikan
  12. Psikologi Pendidikan
  13. Sosiologi Pendidikan
  14. Pendidikan Bahasa Arab
  15. Pendidikan Ekonomi
  16. Pendidikan Sastera
  17. Pendidikan Sejarah
  18. Sumber dan Teknologi Maklumat
  19. Bimbingan dan Kaunseling
  20. Pendidikan Prasekolah
  21. Pendidikan Khas

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Universiti Kebangsaan Malaysia adalah salah satu daripada lima (5) Universiti Penyelidikan di Malaysia. Diperingkat global, UKM berada di kedudukan 141 dalam kedudukan QS universiti. Persekitarannya yang kompetitif menjamin pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti dan inovatif. Komuniti universiti terdiri daripada pakar-pakar yang memenangi anugerah dalam pelbagai bidang dan juga pelajar yang berkelayakan dan berpengalaman dalam kegiatan akademik, kokurikulum, khidmat masyarakat dan kolej.

Di Fakulti Pendidikan, anda dapat bekerjasama secara rapat dengan ahli fakulti yang memenangi anugerah, sangat berpengalaman dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan berkualiti bagi memastikan anda memperoleh pengalaman pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Anda juga akan dapat mengakses Bilik Siswazah, makmal komputer dan ruang pembelajaran aktif dirancang berdasarkan pedagogi  abad ke-21 yang akan mendorong persekitaran pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar.

Selain itu, anda juga dapat menjalin hubungan yang bermakna dengan pelajar di fakulti yang sentiasa peka dengan isu-isu pendidikan tempatan dan global dan berupaya berfikir secara kritikal, penyelesai masalah dan individu yang kreatif yang mampu memajukan pendidikan kita di masa hadapan.

Syarat Kemasukan
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam tempoh maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Faks: +603 8911 8471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366/ 4196/ 3997/5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?

Program ini membolehkan calon:

  • Bekerja dengan rapat  dengan ahli akademik fakulti yang menjalankan penyelidikan;
  • Memperoleh peluang untuk mengabungkan maklumat terkini dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada;
  • Menyertai pelajar tempatan dan antarabangsa dengan memanfaatkan peningkatan jaringan, pengembangan kerjaya, dan peluang belajar.
  • Membangun kebolehpasaran calon kerana boleh menerapkan pengetahuan dan budaya institusi pendidikan dalam situasi pekerjaan.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Pendidikan
Ijazah: Sarjana Pendidikan

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8921 6297 / 6461 / 6238
Faks: +603-8925 4372
Emel : nadiahatiqah@ukm.edu.my
Laman Web : www.ukm.my/fpendidikan

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik