Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur (BTM KKL) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat telah diwujudkan dengan penubuhan Hospital UKM (sekarang dikenali sebagai Hospital Canselor Tuanku Muhriz) pada tahun 1997. Perlantikan Pro Naib Canselor pada 15 November 2017 sesuai dengan keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti telah bersetuju untuk menstruktur semula pentadbiran Kampus Kuala Lumpur (KKL) dengan Pusat Teknologi Maklumat (pada ketika itu)secara tadbir urusnya diletakkan terus di bawah Pejabat Pro NC KKL.
BTMKKL sentiasa komited bagi memastikan aspek keperluan teknologi maklumat sentiasa di dalam ketersediaan mengikut keperluan teknologi dan arus perubahan teknologi semasa.