PENGENALAN
BAHAGIAN KESELAMATAN KAMPUS KUALA LUMPUR
Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur diperingkat awalnya merupakan salah satu jabatan di dalam Hospital Canselor Tuanku Muhriz sejak dari awal penubuhannya dan dikenali sebagai Jabatan Keselamatan HCTM, walaubagaimanapun era masa kini menuntut perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada semua pelanggan bukan sahaja meliputi HCTM, malah terhadap semua entiti yang berada di Kampus Kuala Lumpur. Justeru UKM telah mengangkat Keselamatan menjadi sebahagian dari pengurusan Kampus Kuala Lumpur bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan UKM