Majlis Penyerahan Tugas Perkhidmatan Unit Tindakan Kerja (MALBAT) Kampus Kuala Lumpur

Unit Tindakan Kerja (MALBAT) Kampus Kuala Lumpur (KKL) telah diwujudkan sejak tahun 1997 selari dengan penubuhan Hospital Universiti Kebangsaaan Malaysia (HUKM). Peranan dan tanggungjawab MALBAT ini adalah menyedia, menyusun atur dan mengemas peralatan serta mengurus logistik bagi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTj) di Zon Cheras. Semenjak awal penubuhannya, MALBAT telah diletakkan di bawah tadbir urus Jabatan Pentadbiran Am (kini dikenali sebagai Bahagian Governan dan Pentadbiran (BGP), Jabatan Pendaftar KKL).

Sesuai dengan penstrukturan semula KKL pada Januari 2018, Prasarana (KKL) telah dinaik taraf serta diperkukuhkan fungsinya. Prasarana (KKL) kini telah mewujudkan Unit Pencucian dan Upacara di bawah tadbir urusnya. Sehubungan itu Prasarana (KKL) yang mempunyai kepakaran teknikal akan memperkemaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta menilai tahap kefungsian peralatan yang akan diguna pakai oleh pihak MALBAT KKL agar perkhidmatan yang diberikan akan lebih efisien dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu satu Majlis Penyerahan Tugas MALBAT KKL telah diadakan pada 20 Julai 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Zuraidah Konil, Ketua BGP (KKL) bersama En Mohd Fahmeey Hashim, Ketua Bahagian Operasi, Prasarana (KKL) dengan disaksikan oleh YBrs. Dr Hjh Ina Md Yasin, Timbalan Pengarah Eksekutif Pentadbiran, Jabatan Pendaftar (KKL) bersama wakil daripada kedua-dua bahagian dan Ketua MALBAT KKL, En Mohd Ghazaly Yajid. Pengambilalihan fungsi ini berkuatkuasa 1 Ogos 2018. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPAM HCTM yang sebelum ini telah melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik serta penuh berdedikasi. Semoga dengan tadbir urus yang baru ini MALBAT KKL akan terus mempamerkan kecemerlangan dan iltizam yang tinggi.

 

Dari Kiri : Mohd Ghazali Yajid, Normastura Sulaiman, Nora Shasheela Abdulah, Mohd Fahmeey Hashim, Zuraidah Konil, Dr. Ina Md Yasin, Roslan Abd Manan