Research Center for History, Politics and International Affairs

 

Al-Amril Bin Othman

                                                                   

Al-Amril bin Othman: Pensyarah Program Sejarah

IMG_0901

Contact  

Pejabat: 03-89215406
Fax : (03) 89213290

Blok E
Program Sejarah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Malaysia

 

Kelayakan Akademik

Menimba pendidikan rendah ST. Nicholas School, Pulau Pinang dan Princess Elizabeth School, Johor Bharu. Melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar. Meneruskan pengajian tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1990 sehingga lulus ijazah BA. Hons. Dalam bidang sejarah empat tahun kemudiannya. Meneruskan pengajian di peringkat sarjana falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996 sehingga memperolehi ijazah tersebut pada tahun 2007. Kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah.

Pengkhususan

Sejarah Politik Malaysia Moden

Kerjaya

Pernah berkhidmat sebagai Pelatih Eksekutif di Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia (MAB) selama tiga bulan sebelum diterima berkhidmat di UKM. Memulakan khidmat sebagai tutor (DA41) pada 29 Februari 1995. Kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pensyarah sementara (DS45) pada 14 Disember 2007. Terlibat membantu pensyarah mengendalikan tutorial dan kadang-kadang memberi kuliah jika pensyarah tidak menghadirinya.
Aktiviti Lain

Pernah menjadi fellow di Kolej Tun Hussein Onn mulai tahun 1995 – 2006. Menjadi ahli Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM), Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (SBM), Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM)

Translate »